Pembayaran Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN) Fasa 1 Bermula Isnin, 6 April 2020

Kerajaan telah mengumumkan melalui Kementerian Kewangan Malaysia dimana pembayaran bantuan PRIHATIN fasa 1 bermula 6 april 2020 secara berperingkat.

Pembayaran Bantuan PRIHATIN Fasa 1 Bermula 6 April 2020

Satu kenyataan media daripada Menteri Kewangan merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 dan siaran Media Kementerian Kewangan mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bertarikh 29 Mac 2020.

Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Dalam pengumuman awal, BPN dirancang untuk dibayar pada penghujung bulan April 2020. Tetapi berita baik untuk anda, Kerajaan telah bersetuju bagi fasa 1 BPN pakej PRIHATIN, 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang sudah diluluskan.

Pembayaran fasa pertama ini yang berjumlah RM5.63 bilion akan dibuat secara berperingkat mula 6 April 2020 (Isnin).

BPN akan diberikan kepada mereka yang layak mengikut kenyataan dibawah ini. Kesemua kaedah pembayaran akan dibuat secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah data BSH dan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Kategori B40 Isi Rumah RM4000 ke bawah

Jumlah bantuan : RM1600
Fasa Pembayaran : April RM1000 | Mei : RM600
Tempoh Pembayaran : Bermula 6 hingga 12 April 2020

Kategori M40 Isi Rumah RM4001 hingga RM8000

Jumlah bantuan : RM1000
Fasa Pembayaran : April RM500 | Mei : RM500
Tempoh Pembayaran : Bermula 13 hingga 15 April 2020

Kategori B40 Bujang RM2000 ke bawah

Jumlah bantuan : RM800
Fasa Pembayaran : April RM500 | Mei : RM300
Tempoh Pembayaran : Bermula 6 hingga 12 April 2020

Kategori M40 Bujang RM2001 hingga RM4000

Jumlah bantuan : RM500
Fasa Pembayaran : April RM250 | Mei : RM250
Tempoh Pembayaran : Bermula 13 hingga 15 April 2020

Pembayaran Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN) Fasa 1 Bermula Isnin, 6 April 2020

Permohonan Rayuan Dan Rayuan BPN

Tempoh permohonan baharu dan rayuan BPN dibuka dari 1 hingga 30 April 2020. Bagi memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-benar layak, proses semakan atas permohonan baharu dan rayuan akan dibuat bagi mereka yang diluluskan bayaran dan dibuat pada bulan Mei 2020.

Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan dibuat secara tunai selepas tamat Perintah Kawalan pergerakan. 

Penerima BPN dikawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akan bank akan turut menerima pembayaran ini pada tempoh yang sama seperti di Semenanjung Malaysia. Bagi penerima pedalaman yang tiada akaun bank, BPN akan dibayar sekaligus dengan bayaran BSH 2020 fasa ketiga.

Dapatkan kenyataan media disini. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak Kementerian Kewangan atau LHDNM seperti dibawah:

Kementerian Kewangan
03-8882 9089/ 9087/ 9191/ 4565/ 4566

LHDNM
1-800 882 747
03-8911 1000

Post a Comment

Previous Post Next Post