Sehingga Kini Sudah 17 Daerah Berada Di Dalam Zon Merah

Setakat artikel ini ditulis, terdapat 17 daerah sudah berada di dalam zon merah bagi seluruh Malaysia yang melibatkan beberapa negeri.

Sehingga Kini Sudah 17 Daerah Sudah Berada Di Dalam Zon Merah

Sehingga kini Malaysia telah mencatatkan kes positif COVID-19 sebanyak 3483 orang dengan 57 kematian. Yang paling tidak enak didengar apabila menjadi negara Asia Tenggara yang merekodkan jangkitan virus yang paling banyak.

Bagi membendung dan memutuskan rantaian virus ini. Kerajaan telah mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac hingga 14 April 2020. Jika keadaan semakin parah, seperti terjadi dibeberapa daerah seperti Simpang Renggam dan Hulu Selangor yang diarahkan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan kes positif yang membimbangkan.

17 Daerah Dalam Zon Merah

Sehingga kini terdapat 17 daerah di seluruh Malaysia yang sudah berada di dalam zon merah dimana terdapat 41 kes dan ke atas bagi positif COVID-19. 

Daripada 17 daerah ini, hanya 9 negeri dan wilayah yang terlibat seperti Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan beberapa negeri lagi. Sebagai rujukan terdapat 4 zon yang mengklafikasikan positif kes ini iaitu 

Hijau - Tiada Kes
Kuning - 1 hingga 9 kes
Oren - 20 hingga 40 kes
Merah - 41 kes dan ke atas

Senarai 17 Daerah Zon Merah

Perak - 207 kes
  • Hilir Perak - 61 kes
  • Kinta - 82 kes
Selangor - 890 kes
  • Petaling - 308 kes
  • Hulu Langat - 307 kes
  • Gombak - 77 kes
  • Klang - 88 kes
Kuala Lumpur - 595 kes
  • Kepong - 104 kes
  • Lembah Pantai - 367 kes
  • Titiwangsa - 86 kes
Negeri Sembilan - 220 kes
  • Seremban - 146
Johor - 422 kes
  • Batu Pahat - 47 kes
  • Johor Bahru - 137 kes
  • Kluang - 135 kes
Pahang - 151 kes
  • Jerantut - 58 kes
Kelantan - 139 kes
  • Kota Bharu - 82
Sarawak - 246 kes
  • Kuching - 155 kes
Sabah - 225 kes
  • Tawau - 67 kes

Sehingga Kini Sudah 17 Daerah Berada Di Dalam Zon Merah

Jadi diharap kepada semua rakyat Malaysia diminta patuhi arahan Kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • Sentiasa berada dan duduk di rumah
  • Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau gunakan hand sanitizer
  • Jarakkan diri 1 meter daripada orang lain (social distancing)
  • Amalkan pembelian dan pembayaran dalam talian

Post a Comment

Previous Post Next Post