Bantuan Khas COVID-19 Bagi Mereka Yang Layak Daripada MusaadahKhairaPPZ

MusaadahKhairahPPZ menyediakan Bantuan Khas COVID-19 kepada mereka yang layak iaitu mereka yang terjejas pendapatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.

Bantuan Khas COVID-19 Bagi Mereka Yang Layak Daripada MusaadahKhairaPPZ

Bantuan khas COVID-19 ini merupakan inisiatif daripada Pusat Pengutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bagi menolong dan membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Siapakah Yang Mereka Bantu?

  1. Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  2. Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja atau peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan.
  3. Menyahut seruan YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar Institusi Zakat lebih proaktif dalam membantu mereka yang memerlukan.

Jadi jika anda berada di dalam salah satu syarat bantuan ini, anda layak untuk memohon. Kepada mereka yang masih mempunyai gaji dan tidak terjejas, mungkin boleh beri bantuan kepada mereka yang lebih layak.

Bantuan ini hanya berbentuk ONE OFF (sekali sahaja) bagi setiap keluarga atau individu yang betul-betul memerlukan. Permohonan KALI KEDUA adalah TIDAK DIBENARKAN demi untuk memenuhi keperluan keluarga yang lain.

Bantuan Khas COVID-19 Menerusi MusaadahKhairaPPZ

Kepada mereka yang perlukan bantuan khas ini, anda boleh buat permohonan bermula 1 April 2020 (Rabu) sehingga tarikh yang diumumkan di pautan di bawah


Syarat Permohonan MusaadahKhairaPPZ

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun dan ke atas sahaja.
  2. Pemohon dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan.
  3. Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak COVID-19.
  4. Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari musaadahkhaira.zakat.com.my.

Bantuan ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang betul-betul perlukan bantuan dan ianya juga dibuka kepada golongan bukan Muslim

Bagi bantuan kepada BUKAN ISLAM, akan diambil dari dana selain dari dana zakat. alert-info

Bantuan Khas COVID-19 Bagi Mereka Yang Layak Daripada MusaadahKhairaPPZ

Cara Membuat Permohonan

Segala dokumen yang disenaraikan dibawah perlulah di upload di pautan disediakan dengan dengan cara mengambil gambar atau scan
  1. Bukti Pengenalan Diri. Salinan Kad Pengenalan atau Polis/Tentera Pemohon. Bagi mereka yang mempunyai tanggungan, mohon lengkapkan butiran tanggungan.
  2. Bukti Pendapatan. Bagi yang bekerja - slip pendapatan / pengesahan pendapatan / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
  3. Bukti Perniagaan. Bagi Peniaga/Penjaja Kecil - Lesen Perniagaan/Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan.
  4. Akaun Bank. Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank, sila lampirkan SURAT KUASA yang ditandatangani oleh pemohon. Sila nyatakan nama pasangan atau waris terdekat beserta maklumat akaun di surat kuasa tersebut.

Buat Semakan Permohonan

Jawapan akan diberi selepas 7 hari permohonan. Bagi ketahui status permohonan, anda boleh klik pautan dibawah dan masukkan nombor kad pengenalan.


Untuk sebarang persoalan, anda boleh baca terlebih dahulu FAQ disini dan boleh layari facebook rasmi MusaadahKhairaPPZ.

Post a Comment

Previous Post Next Post