Senarai Daerah Yang Masih "Zero" Kes COVID-19 Di Malaysia

Di Malaysia, semua negeri telah dilaporkan mempunyai pesakit jangkitan COVID-19. Dalam banyak-banyak negeri tersebut, masih ada lagi daerah di beberapa negeri tersebut yang masih "zero" kes COVID-19 atau zon hijau setakat ini.

Senarai Daerah Yang Masih "Zero" Kes COVID-19 Di Malaysia

Setakat ini 12 April 2020 yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 4683 kes positif dicatatkan diseluruh negeri. Dalam kesemua negeri tersebut, negeri Selangor mencatatkan kes positif COVID-19 yang paling ramai iaitu 1236 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur (803 kes) dan Johor dengan 558 kes positif.

Malaysia telah mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 yang lepas lagi. Langkah ini dibuat bagi mengekang dan memutuskan rantaian COVID-19 yang berlaku diseluruh negeri ini. Setakat ini PKP di Malaysia terdapat 3 fasa iaitu bermula :

Fasa 1 : 18 - 31 Mac 2020
Fasa 2 : 1 - 14 April 2020
Fasa 3 : 15 - 28 April 2020

Menurut laporan daripada KKM, langkah ini sepertinya membuahkan hasil walaupun ianya tidak menunjukkan penurunan tetapi ianya tidak menunjukkan kenaikkan. Jadi diharap selepas-selepas ini, harap kes ini menjadi lebih baik.

Senarai Daerah "Zero" Kes COVID-19

Setakat 12 April 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan statistik bagi bilangan kes positif bagi setiap negeri. Setakat ini semua negeri mempunyai kes positif tetapi masih ada lagi daerah yang tiada kes dilaporkan dengan zon hijau atau "zero" kes positif COVID-19. Manakala zon merah melibatkan 24 daerah setakat ini.

Antara negeri yang masih mempunyai zero kes di kawasan daerahnya adalah Kedah, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah. Selain itu, sekurang-kurangnya 1 kes dilaporkan positif COVID-19 ini.

Zon Merah : 41 kes dan keatas
Zon Oren : 21 - 40 kes
Zon Kuning : 1 - 20 kes
Zon Hijau : tiada kes

Kedah

  • Yan

Kelantan

  • Machang

Terengganu

  • Hulu Terengganu

Sarawak

  • Kapit
  • Asajaya
  • Baram
  • Bau
  • Belaga
  • Dalat
  • Daro
  • Julau
  • Kanowit
  • Lundu
  • Song
  • Saratok
  • Lubok Antu
  • Meradong
  • Pakan
  • Tatau
  • Selangau

Sabah

  • Kota Marudu
  • Kudat
  • Nabawan
  • Pitas
  • Tenom
  • Kuala Penyu
  • Tongod
  • Beluran

Senarai Daerah Yang Masih "Zero" Kes COVID-19 Di Malaysia

Jika anda yang berada di daerah ini, sila kekalkan ianya dengan zero kes atau zon hijau sehingga tamat krisis COVID-19 ini kelak. Jangan jadikan ianya zon kuning sekalipun atau 1 kes. Pastikan anda cuci tangan dengan kerap, duduk di dalam rumah dan lakukan penjarakkan sosial jika ingin keluar atas urusan penting. Kita mampu melawannya!

Stay Safe, Stay Home


Post a Comment

Previous Post Next Post