Nikmati Konsert Percuma Hanya Di Rumah. Astro Umumkan Siaran Baru Sempena PKP

Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Astro akan melancarkan sebuah siaran atau channel baru berbentuk Konsert.

Stay Home Concert di saluran CH 700 hanya di astro

Astro sebelum ini mengumumkan siaran percuma secara komplimen masih diteruskan sehingga PKP tamat iaitu pada 28 April 2020. Antara siaran termasuk siaran berita, siaran pembelajaran dan juga channel filem.

Inisiatif ini dibuat oleh pihak Astro bagi menggalakan orang ramai khususnya pelanggan Astro supaya sentiasa berada di rumah. Duduk rumah, tengok TV dengan siaran yang bermanfaat disediakan sepanjang PKP terutamanya salurang pembelajaran. Jadi tiadalah bosan jika anda terpaksa duduk dirumah.

Tidak cukup dengan itu, kali ini Astro sekali lagi mengumumkan berita baik khsus kepada pelanggan Astro dimana, kini anda boleh tonton Konsert yang pernah berlangsung sebelum ini hanya daripada rumah.

Astro Perkenalkan Saluran Khusus Untuk Tonton Konser

Saluran baru ini dinamakan Stay Home Concert di saluran CH 700. Siaran ini diterbitkan khas sempena PKP iaitu bermula 14 April hingga 28 April 2020. Sepanjang tempoh ini, anda boleh saksikan koleksi Konsert yang pernah diadakah di seluruh dunia secara percuma hanya dari rumah.

Stay Home Concert di saluran CH 700 hanya di astro

Saluran baru ini, diberi secara PERCUMA kepada semua pelanggan Astro. Anda boleh tonton di TV atau menerusi Astro GO. Bagi NJOI pula, ianya tidak ditawarkan. 

Seperti diberitahu oleh Astro, antara siri Konsert yang akan ditayangkan seperti persembahan daripada Coldplay, Ed Sheeran, U2, Blackpink, Twice, Red Velvet, Sheila Majid, M Nasir, KRU, Sammi Cheng, Spice Girls, Katy Perry, The Beattles dan banyak lagi.


Post a Comment

Previous Post Next Post