Wajib Bawa Topeng Muka Sendiri Merupakan Antara Safety Policy Terbaru Daripada AirAsia

Selepas ini jika anda ingin terbang bersama AirAsia, anda perlu tahu beberapa policy atau dasar terbaru mereka yang antaranya adalah anda wajib untuk membawa dan memakai topeng hidung dan mulut sebelum menaiki pesawat.

Wajib Bawa Face Mask Sendiri, Antara Policy Terbaru Daripada Air Asia

AirAsia memperkenalkan dasar keselamatan ini berikutan krisis pandemik COVID-19 yang kini sedang berlaku di Malaysia sehingga dunia sekali pun. Policy ini melibatkan langkah keselamatan sebelum dan dalam penerbangan bagi penumpang, anak kapal dan kru syarikat sepanjang pandemik COVID-19 ini.

Tempahan Tiket Penerbangan

Sebelum membuat tempahan penerbangan, anda perlu semak senarai sekatan perjalanan yang dikeluarkan oleh setiap negara. Anda perlu tahu, negara mana yang masih tidak menerima pelancong luar dan sebagainya. Anda boleh rujuk di sini bagi senarai semak yang diperlukan.

Wajib Bawa Topeng Muka Sendiri Merupakan Antara Policy Terbaru Daripada AirAsia

Selain itu, dasar terbaru juga mewajibkan anda membawa topeng muka sendiri dan memakainya sebelum, semasa dan selepas penerbangan termasuk ketika mendaftar masuk dan pengambilan bagasi (setiap masa kena pakai). Yang paling penting, anda tidak dibenarkan menaiki pesawat jika anda tiada topeng muka.

Selain itu, hanya satu bagasi kabin yang tidak melebihi 4kg sahaja dibenarkan bagi setiap orang. Ini bertujuan memastikan penjarakan sosial terutamanya semasa proses menaikkan bagasi kepada ruang bag dengan mengurangkan kontak antara bagasi dan tetamu lain. Maklumat lanjut, boleh rujuk sini

Anda juga diminta untuk tiba sekurang-kurangnya 3 jam lebih awal sebelum waktu perlepasan supaya segala prosedur dan langkah ini dapat diselesaikan dengan baik dan cepat.

Pembersihan Pesawat

  • Pesawat akan menjalani proses sanitasi kuman sepenuhnya menggunakan bahan pebersihan mengikut SOP yang telah ditetapkan
  • Untuk setiap hentian semalaman, pesawat akan menjalani proses sanitasi selama 2 jam. Untuk maklumat lanjut, rujuk sini
Wajib Bawa Topeng Muka Sendiri Merupakan Antara Policy Terbaru Daripada AirAsia

Sebelum Penerbangan

  • Pakai topeng muka (face mask) dengan betul sebelum, semasa dan selepas penerbangan
  • Pemeriksaan suhu akan dilakukan di beberapa lokasi termasuk balai berlepas kepada tetamu. Kru kabin juga akan menjalani pemeriksaan suhu.
  • Ikuti tanda beratur yang telah dibuat di lantai bagi tujuan penjarakan sosial
  • Kaunter daftar masuk secara selang-seli
  • Cecair basmi kuman (Hand Sanitizer) akan disediakan di setiap lokasi penting
  • Kabin pesawat akan dibasmi kuman mulalui penyemburan aerosol sebelum berlepas
  • Taklimat pra-penerbangan akan dibuat
  • Daftar masuk web dan mudah alih tanpa sentuhan diaplikasikan 
Wajib Bawa Topeng Muka Sendiri Merupakan Antara Policy Terbaru Daripada AirAsia
AirAsia Philippines

Dalam Penerbangan

  • Semua pesawat AirAsia menggunakan penapis HEPA untuk penapisan udara bertaraf hospital
  • Semua kru kabin akan menggunakan alat pelindung termasuk topeng muka dan sarung tangan
  • Jika tidak berlaku kepadatan pesawat, kru akan mengarahkan penjarakan tempat duduk dalam zon masing-masing.
  • Keselamatan makanan
    • Semua hidangan makanan disediakan dan dibungkus dengan bersih
    • Semua kakitangan akan dipantau secara berkala
    • Kru kabin yang mengandalikan makanan hendaklah memakai sarung tangan
  • Kru kabin telah dilatih untuk mengendalikan aja jua situasi perubatan
  • Pemeriksaan suhu akan dilakukan sebelum tiba di destinasi di mana proses ini adalah wajib

Ketibaan

  • Borang pengisytiharan kesihatan akan diedarkan dan perlu diisi sebelum atau semasa ketibaan
  • Pemeriksaan suhu badan akan dilakukan semasa ketibaan
  • Penumpang transit harus berada di lapangan terbang
  • Wajib menjalani kurantin mengikut peraturan di negara destinasi anda.

Wajib Bawa Topeng Muka Sendiri Merupakan Antara Policy Terbaru Daripada AirAsia

Jadi kepada anda yang mungkin menggunakan penerbangan AirAsia ini, pastikan patuhi arahan keselamatan yang baru ini dan selalulah mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa. Untuk ketahui lebih lanjut berkaitn Safety Policy terbaru, anda boleh rujuk di sini 

Post a Comment

Previous Post Next Post