Kini Anda Boleh Masak Lemang Dengan Hanya Menggunakan Air Fryer Sahaja

Anda ada air fryer di rumah dan anda terasa nak makan lemang? Jangan risau, anda boleh gunakan peralatan tersebut menggunakan resepi masak lemang yang disediakan ini.

Masak Lemang Dengan Hanya Menggunakan Air Fryer Sahaja

Air Fryer nampaknya sudah semakin popular di Malaysia. Mungkin sudah banyak iklan dan penjualan yang di buat negara ini. Jadi rakyat rata-rata mahu dapatkan peralatan ini untuk digunakan sebagai alat memasak selain menggunakan alat yang sedia ada.

Selain itu juga, air fryer juga banyak kelebihan dimana anda boleh memasak apa jua makanan tanpa menggunakan minyak. Tanpa minyak, pastinya makanan anda menjadi lebih sihat untuk dimakan tetapi memberikan rasa masakan sama seperti jika anda masak menggunakan minyak di dapur gas seperti biasa.

Kita biasa lihat, orang guna air fryer, ada yang masak nugget, ada yang masak fries, goreng ayam, buat kuih dan banyak lagi. Sebenarnya ada lagi resepi yang anda boleh masak termasuk masak lemang

Resepi Masak Lemang Menggunakan Air Fryer

Dalam banyak-banyak jenis masakan, tahukah anda, ianya juga mampu untuk masak lemang dan rasanya sama seperti anda bakar lemang atau anda beli lemang di luar. Ikuti perkongsian pengalaman dan resepi daripada Mang Tuppy Fan Kuching di facebook bagaimana beliau berjaya masak lemang dengan menggunakan Air Fryer sahaja.

Bahan-Bahan

  • 1 kg beras pulut
  • 1 kotak santan 200ml
  • 1 sdt garam

Cara-Cara

  1. Basuh beras pulut bersih dan rendam dalam 1 jam
  2. Kemudian basuh dan rendam dengan air santan dan garam dalam 30 minit
  3. Daun pisang simpan dalam tin (apa-apa tin buangkan atas bahagian buka)
  4. Isikan beras dalam tin dan letak sikit air sampai paras beras
  5. Panaskan Air Fryer dalam 5 minit 180०C
  6. Masukkan dalam AF beras pulut yg dah siap dimasukkan dalam tin.
  7. Guna suhu 180०C untuk 30minute
  8. Dah siap jangan keluarkan dulu, biar dalam 30 minit dalam air fryer tersebut
  9. Kemudian bolehlah hidangkan lemang tersebut
Masak Lemang Dengan Hanya Menggunakan Air Fryer Sahaja

Post a Comment

Previous Post Next Post