Permohonan Online Bagi Bantuan Zakat Kecemasan COVID-19 Daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persektuan

Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ada menyediakan bantuan zakat kecemasan bagi mereka yang memerlukan sepanjang tempoh PKP ini.

bantuan zakat kecemasan daripada maiwp

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pasti banyak pihak yang tergangu dari segi kehidupan apabila tiada pekerjaan yang boleh dilakukan kerana perlu mengikut arahan supaya sentiasa berada di rumah disebakna krisis COVID-19 ini.

Jadi bagaimanakah golongan yang mungkin berniaga kecil-kecilan yang mengharapkan pendapatan daripada jualan harian atau ada kerja mengikut gaji harian untuk mendapatkan makanan. Jika tidak bekerja, anda tidak akan dibayar. Pasti mereka ini susah kehidupannya.

Justeru itu, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyediakan Bantuan Zakat Kecemasan kepada mereka yang betul-betul layak dan memerlukan sahaja. Berilah kepada golongan ini yang perlukan makanan untuk terus menjalani hari-hari yang mendatang.

Mohon Bantuan Zakat Kecemasan Daripada MAIWP

Jadi jika anda memerlukan bantuan zakat kecemasan ini, anda boleh mula memohon pada 13 April 2020 (isnin) bermula jam 8 pagi. Anda perlu memohon di pautan yang disediakan dibawah ini


bantuan zakat kecemasan daripada maiwp

Syarat Permohonan

  1. Pemohon mestilah menetap di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan)
  2. Bukan merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal
  3. Pendapatan terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan

MAIWP turut mengingatkan mereka yang sudah memohon bantuan itu secara WhatsApp melalui talian hotline yang disediakan sebelum ini supaya tidak lagi mengisi borang secara dalam talian berkenaan. alert-info

Semoga bantuan ini akan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. Sebarkan maklumat ini agar mereka yang layak mendapat manfaatnya

Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke laman web www.maiwp.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post