Cara Memohon Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) COVID-19 Secara Online

Kepada yang layak, kini anda boleh memohon bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) COVID-19 secara online sahaja menggunakan aplikasi Sarawak Pay.

Cara Memohon Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) COVID-19 Secara Online

Pada awal April yang lepas, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg telah mengumumkan pemberian bantuan RM1500 kepada peniaga dan penjaja kecil yang berdaftar di bawah Pihak Berkuasa Tempatan.

Orang Sarawak amat bertuah, disamping bantuan PRIHATIN daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri juga sedia membantu rakyatnya terutamanya golongan yang tidak dapat melakukan pekerjaan di saat krisis COVID-19 ini seperti peniaga dan penjajaj kecil.

Bantuan ini pula, anda boleh memohon secara online sahaja iaitu melalui aplikasi Sarawak Pay. Pastinya memudahkan lagi urusan permohonan tanpa perlu pergi ke mana-mana pusat PBT seluruh negeri.

Jadi ikuti cara memohon Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) COVID-19 secara online menerusi Sarawak Pay bagi peniaga dan penjaja kecil.

Cara Memohon Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) COVID-19

Terlebih dahulu, anda perlu download atau muat-turun aplikasi Sarawak Pay dengan pautan yang disediakan dibawah


Jika anda baru pertama kali menggunakan aplikasi ini, anda perlu berdaftar terlebih dahulu menggunakan nama penuh beserta nombor kad pengenalan bersama-sama dengan nombor telefon. Mudah sahaja.

1.  Pilih Merchant Account dan isikan borang pendaftaran.

2.  Sediakan dokumen-dokumen sokongan dibawah bagi tujuan pendaftaran
  • Kad Pengenalan
  • Lesen Perniagaan
  • Gambar Premis Perniagaan
  • Alamat emel yang sah
  • Sila tunggu emel pengesahan daripada pihak Sarawak Pay untuk status pendaftaran akaun perniagaan Sarawak Pay dalam tempoh 7 hari bekerja.
3.  Selesai! Jika lulus, anda akan menerima pembayaran melalui aplikasi Sarawk Pay.

Tutorial Bergambar

Anda perlu tetapkan Payment PIN terlebih dahulu dengan masukkan 6 digit payment Pin. Pastikan anda ingat dan jangan dedahkan kepada orang lain

Cara Memohon Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) COVID-19

Kemudian anda pergi bahagian My Account dan tekan Merchant Account. Bahagian ini anda perlu masukkan butiran perniagaan anda seperti nama perniagaan, alamat kedai, jenis perniagaan, pendaftaran nombor, maklumat akaun bank dan bermula upload atau muat naik butirang yang disenaraikan sebelum ini seperti gambar kad pengenalan, gambar premis dan sebagainya.

Jika sudah siap, akhirnya tekan Submit. Selesai!

Cara Memohon Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) COVID-19



Post a Comment

Previous Post Next Post