Pulau Pinang Juga Membatalkan Bazar Ramadhan Tahun Ini

Selepas beberapa negeri telah mengumumkan pembatalan Bazar Ramadhan, kini Kerajaan Pulau Pinang juga membuat keputusan yang sama dengan membatalkan Bazar Ramadhan tahun ini.

Pulau Pinang Juga Membatalkan Bazar Ramadhan Tahun Ini

Menurut laporan hmetro.com.my, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow telah mengumumkan dimana bulan puasa kali ini akan tiada penganjuran bazar Ramadhan. Keputusan ini dibuat selepas krisis COVID-19 yang sedang melanda Malaysia terutamanya dan Pulau Pinang khususnya.

Keputusan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri (JKKN) Pulau Pinang baru-baru ini selepas mengambil kira keselamatan dan kesihatan rakyat di negeri Pulau Pinang.

Pulau Pinang Batal Penganjuran Bazar Ramadhan Tahun Ini

Pulau Pinang menjadi negeri ke 5 yang membatalkan bazar Ramadhan selepas Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Selangor dan Kedah juga membuat keputusan yang sama. Ini dibuat susulan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 yang sedang melanda Malaysia.

Selain itu, Menteri Kanan Datuk (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberitahu jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga bulan puasa maka segala aktiviti bazar Ramadhan akan dibatalkan.

Sudah pastinya mass gathering yang berlaku ketika bazar ini memberikan kesan yang buruk jika virus ini masih wujud di Malaysia. Justeru aktiviti seperti bazar Ramadhan perlu dielakkan. Jadi diharap pihak Kerajaan akan membuat keputusan yang terbaik demi rakyat yang rata-rata biasa akan aktiviti bazar Ramadhan setiap tahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post