"Lockdown" Selama 24 Jam Di Makkah Dan Madinah

Kerajaan Arab Saudi telah mengarahkan perintah Lockdown selama 24 di Haramain, Makkah dan Madinah. Perintah berkurung dikuat kuasa.

Lockdown Selama 24 Jam Di Makkah Dan Madinah

Menurut laporan Bernama.com, Kerajaan Arab Saudi telah mengarahkan dan mengenakan perintah berkurung atau Lockdown 24 jam di Makkah dan Madinah sehingga diberitahu kelak. Langkah ini dibuat bagi memutuskan rantaian dan memerangi penularan pandamik COVID-19 di sana.

Lockdown Di Makkah Dan Madinan

Jadi di kedua wilayah ini, Kerajaan hanya membenarkan orang dewasa sahaja keluar rumah bagi mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan. Tambahan lagi, mereka hanya dibenarkan untuk keluar rumah dari 6 pagi hingga 3 petang sahaja.

Jika keluar menggunakan kereta, hanya dibenarkan 2 orang sahaja dalam satu-satu masa termasuk pemandu. Tetapi larangan ini terkecuali kepada mereka yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta yang penting.

Premis Yang Dibenarkan Beroperasi

Lockdown Selama 24 Jam Di Makkah Dan Madinah

Dalam tempoh perintah berkurung ini, hanya farmasi, kedai bekalan makanan, stesen minyak dan perkhidmatan perbankan dibenarkan beroperasi dan mereka juga disarankan menggunakan perkhidmatan penghantaran jika ingin membeli makanan, ubat-ubatan dan keperluang lain.

Jadi penduduk Makkah dan Madinah kini hanya duduk dirumah sahaja. Pastinya mereka terkesan kerana tidak mampu mengimarahkan 2 tempat suci iaitu Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Laporan terbaru, sehingga kini di Arab Saudi terdapat 1885 kes positif COVID-19 dengan 21 kes kematian telah dicatatkan. Diharapkan keadaan di sana bertambah baik dari hari ke hari supaya mereka dapat beribadah dan memenuhi kembali masjid di sana.

Post a Comment

Previous Post Next Post