Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Daripada Lembaga Zakat Selangor Kini Boleh Dibuat

Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan inisiatif Lembaga Zakat Selangor bagi membantu meringankan beban orang awam selama berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Anda boleh buat permohonan bermula 25 Mac hingga 6 April 2020.


Secara objektifnya, bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor ini bukan khas untuk golongan asnaf semata-mata kerana mereka mempunyai saluran khas tetapi ianya terbuka kepada golongan B40.

Golongan daripadanya seperti penjaja atau peniaga kecil, pekerja dan individu yang terjejas sumber pendapatan susulan pengumuman PKP pada 18hb Mac 2020.

Jadi bagi membantu golongan ini, Lembaga Zakat Selangor tampil ke hadapan membantu agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

Bantuan Khas COVID-19 Untuk Rakyat Selangor

Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Daripada Lembaga Zakat Selangor Kini Boleh Dibuat

Pastinya bantuan ini sangat diperlukan oleh golongan yang tidak mempunyai pendapatan semasa tempoh PKP ini. Jadi kepada mereka yang masih mampu, sila beri ruang dan peluang kepada mereka yang betul-betul memerlukan. 

Anda boleh membuat permohonan Bantuan Khas COVID-19 daripada Lembaga Zakat Selangor secara online bermula 25 Mac (Rabu) hingga 6 April 2020 (Isnin) di pautan dibawah


Permohonan telah ditutup kerana telah melebihi jangkauan. Permohonan baru akan dihentikan. alert-info

Syarat-Syarat Permohonan

Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
  1. Beragama Islam
  2. Warganegara atau pemastautin tetap (PR) dan bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
  3. Pemohon adalah dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM 4,360 sebulan.
  4. Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak COVID-19 ini.
  5. Golongan B40 yang diberhentikan kerja, dapat gaji separuh dan dipaksa cuti tanpa gaji ketika PKP ini.
  6. Bantuan ini adalah merujuk kepada Keluarga atau individu.

Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari Portal Bantuan Khas Covid-19. Seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan. Bantuan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Daripada Lembaga Zakat Selangor Kini Boleh Dibuat

Anda perlu muat naik dokumen-dokumen dibawah dan tekan hantar
  1. Kad pengenalan pemohon
  2. Kad pengenalan tanggungan
  3. Muka hadapan penyata bank akaun permohon (untuk pengesahan nombor akaun bank)
  4. Bukti mastautin pemohon
  5. Bukti kelayakan pemohon (Slip gaji/ surat berhenti kerja/ resit sewa kedai dan lain-lain)
  6. nBank (dari ATM atau Internet Banking - nak masukkan duit)

Bagi Asnaf Fakir Miskin, Muallaf dan pelajar IPT, boleh hubungi Talian Zakat Selangor di 1-300-88-4343 jika ada sebarang pertanyaan. Untuk sebarang soalan berkaitan Bantuan Khas COVID-19 ini, anda boleh klik disini

Post a Comment

Previous Post Next Post