8 Resepi Nasi Goreng Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah

Kalau anda rasa nak makan panas-panas bila di rumah, mungkin anda boleh cuba resepi nasi goreng yang boleh dimasak dan terus makan panas-panas.

7 Resepi Nasi Goreng Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah

Kadang-kadang mungkin kita tidak sempat untuk menyediakan juadah dengan bahan-bahan atau lauk pelbagai. Mungkin kita sibuk dan tidak cukup masa untuk fikirkan 2 atau 3 lauk untuk dimana bersama nasi. Apa kata, masak je nasi goreng.

Jadi disini, akan dikongsikan beberapa aneka nasi goreng yang anda boleh sediakan bila di rumah untuk dihidangkan sendiri atau untuk pasangan anda atau untuk keluarga anda. Ikuti 8 resepi nasi goreng yang anda boleh masak dengan penyediaan yang simple sahaja.

8 Resepi Nasi Goreng Pelbagai Jenis


  #1.  Nasi Goreng Sardin

Nasi Goreng Sardin

Anda boleh cuba nasi goreng sardin dengan secara amnya gabungan antara nasi dan sardin sahaja. Jadi jika anda berminat, boleh cuba resepi ini dengan bahan-bahan dan cara masak yang disediakan dibawah bagi saiz hidangan untuk 2 orang.

Bahan-Bahan

  • Nasi putih yang sudah masak
  • 4 ekor ikan sardin dalam tin
  • 2 ulasa bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 3 sudu makan cili kasar
  • 10 biji cili padi
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • Sedikit daun sup
  • Sedikit daun bawang
  • Minyak masak

Cara Masak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik baunya
  2. Kemudian masukkan ikan sardin bersama cili padi dan juga cili kasar. Kacau rata secukupnya
  3. Masukkan nasi putih dan gaulkan hingga sebati
  4. Tambahkan kicap dan kacau lagi hingga rata
  5. Akhir sekali, masukkan cili merah, daun sup, daun bawang dan juga hirisan bawang besar
  6. Kacau rata dan Siap!

  #2.  Nasi Goreng Sambal Tumis

Nasi Goreng Sambal Tumis

Nasi goreng seterusnya adalah nasi goreng sambal tumis. Kalau anda ingin rasakan masakan goreng yang sedikit pedas, mungkin resepi ini untuk anda. Penyediaan juga tidaklah terlalu susah, anda boleh cuba bila ada masa ketika dirumah.

Bahan-Bahan

  • Nasi putih
  • Sedikit isi ayam
  • Sambal tumis (tumisan bawang merah, bawang putih dan cili kisaar yang dimasak sehingga garing bersama sedikit perahan air asam jawa)
  • Bawang besar
  • 2 biji cili merah yang dihiris panjang
  • Daun bawang
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Masak

  1. Panaskan minyak dan masukkan isi ayam. Biarkan masak seketika
  2. Kemudian masukkan sambal tumis bersama hirisan bawang besar. Biarkan masak seketika
  3. Masukkan nasi putih dan gaulkan hingga nasi sebati dengan sambal
  4. Setelah itu masukkan daun bawang bersama hirisan cili merah dan kacau rata
  5. Tambahkan sedikit garam jika perlu. Siap!

  #3.  Nasi Goreng Ikan Masin

Nasi Goreng Ikan Masin

Nak rasa masakan nasi goreng dengan sedikit rasa masin, anda boleh cuba resepi nasi goreng ikan masin. Pastinya bahan tambahan pada resepi ini adalah ikan masin. Dengan adanya ikan masin pastinya akan membangkitkan selera kepada yang ingin merasanya.

Bahan-Bahan

  • Nasi putih
  • Ikan masin Tenggiri
  • 10 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • Kobis bulat yang dihiris kecil
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Masak

  1. Panaskan minyak dan gorengkan kepingan ikan masin Tenggiri sehingga garing
  2. Kemudian masukkan bawang putih bersama bawang merah sehingga naik baunya
  3. Masukkan nasi putih bersama cili padi dan gaulkan lagi sehingga rata
  4. Akhir sekali, masukkan hirisan kobis bulat dan perasakan dengan garam secukupnya
  5. Kacau rata dan biarkan sehingga nasi garing. Siap!

  #4.  Nasi Goreng Telur Masin

Nasi Goreng Telur Masin

Kali ini resepi nasi goreng bersama lauk iaitu telur masin. Gabungan ini pastinya akan menaikkan rasa lemak dan gabungan nasi goreng yang unik dan sedap. Jadi anda boleh cuba nasi goreng telur masin ini dengan resepi yang disediakan.

Bahan-Bahan

  • Nasi putih
  • Sedikit isi ayam
  • 1 biji telur masin
  • Kangkung
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Masak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan
  2. Kemudian masukkan isi ayam dan biarkan masak seketika
  3. Pecahkan telur masin dan kacau rata. Biarkan telur masak seketika
  4. Akhir sekali, masukkan nasi putih bersama kangkung dan perasakan secukupnya dengan garam
  5. Biarkan masak seketika. Siap!

  #5.  Nasi Goreng Sambal Belacan

Nasi Goreng Sambal Belacan

Sambal belacan antara menu kesukaan kaum Melayu. Ianya merupakan sambal yang unik dan menjadi keutamaan dalam nasi terutamanya nasi goreng bagi memberikan lebih rasa dan membangkitkan selera. Kalau anda minat, boleh cuba resepi ini

Cara-Cara

  • Nasi putih
  • Sedikit isi ayam
  • Sambal belacan
  • Sedikit kubis bulat
  • 5 barang kacang botol
  • 2 biji telur
  • 3 ulas bawang putih
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Masak

  1. Panaskan minyak dan pecahkan telur. Kacau rata
  2. Masukkan sambal belacan bersama isi ayam dan kacau sehingga masak
  3. Apabila ayam sudah sebati dan masak, masukkan nasi putih beserta sayuran
  4. Perasakan dengan garam secukupnya dan biarkan nasi garing
  5. Angkat dan sedia dinikmati. Siap!

  #6.  Nasi Goreng Barat

Nasi Goreng Barat

Nak rasa gabungan antara ketimuran dan menu barat, boleh cuba nasi goreng barat atau orang panggil nasi goreng mat salleh. Ianya gabungan nasi goreng dan sayur campuran beserta sosej yang kebiasaanya mat salleh makan. 

Bahan-Bahan

  • Nasi putih
  • 3 batang sosej ayam dihiris nipis
  • 2 biji telur
  • 3 ulas bawang putih
  • 80g sayur campuran yang anda boleh dapati di pasaran dan kedai-kedai
  • 1 tin kacang panggang
  • 3 sudu mentega
  • Garam secukup rasa

Cara Masak

  1. Panaskan kuali, kemudian cairkan mentega dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan
  2. Pecahkan telur dan biarkan masak seketika
  3. Masukkan sosej yang dihiris dan biarkan masak
  4. Masukkan nasi bersama sayur campur dan bahan perasa. Gaulkan rata dan biarkan masak sehingga nasi garing
  5. Angkat dan hidangkan bersama kacang panggang. Siap!

  #7.  Nasi Goreng Yong Chow

Nasi Goreng Yong Chow

Jadi tadi gabungan bersama menu barat, kini anda boleh cuba pula dengan gabungan ala cina yang lebih ringkas namun enak dimakan. Variasikan masakan kita, cuba kesemua menu yang sempat supaya lebih banyak lagi kita dapat rasa.

Bahan-Bahan

  • Nasi putih
  • 80g sayur campuran
  • Sedikit isi ayam
  • Sedikit kek ikan yang dihiris nipis
  • Sedikit bebola ikan dipotong kecil
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Sedikit minyak masak
  • Garam

Cara Masak

  1. Panaskan minyak dan masukkan isi ayam, kek ikan serta bebola ikan. Biarkan seketika
  2. Kemudian pecahkan telur dan kacau sehingga kering
  3. Masukkan nasi putih bersama sayur campur dan kaca sehingga sebati
  4. Tambahkan perasa dan akhir sekali masukkan minyak bijan
  5. Angkat dan hidangkan. Siap!

  #8.  Nasi Goreng Kampung

Nasi Goreng Kampung

Inilah antara feveret masakan goreng melayu di Malaysia. Masakan yang nampak simple dan mudah disediakan namun sungguh enak dimakan. Lagi-lagi jika dihidangkan ketika panas dan makan beramai-ramai bersama yang tersayang.

Bahan-Bahan

  • Nasi putih
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji cili padi
  • 1 sudu sambal belacan
  • 1 biji telur
  • Kangkung
  • Ikan bilis
  • 1 biji cili merah
  • Minyak masak
  • Garam

Cara Masak

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili padi dan sambal belacan
  2. Masukkan telur, garam, kangkung, cili merah dan ikan bilis
  3. Masukkan nasi dan gaul hingga rata
  4. Angkat dan sedia dihidangkan. Siap!

Post a Comment

Previous Post Next Post