Resepi ini dikongsikan oleh Ameera yang mana post tersebut telah mendapat lebih 25 ribu perkongsian di facebook. Rata-rata sepertinya dapat melepaskan rindu kepada tepung pelita yang kebiasaanya boleh di dapati pada bulan puasa apabila dijual di bazar-bazar Ramadan seluruh Malaysia. Pastinya sedap dan lazat.
Resepi tepung pelita yang dikongsikan di facebook tersebut mudah dilakukan di rumah kerana beliau kongsikan langkah-langkah dan cara memasak bersama gambar-gambar. Anda hanya perlu ikut arahan dengan setiap bahan yang disertakan. Jadi jom cuba resepi tepung pelita versi bandar ini.
Resepi Tepung Pelita Versi Bandar
Bahan-bahan dan cara memasak di tulis sekali di dalam gambar seperti yang dikongsikan oleh Ameera. Anda boleh tengok satu persatu bersama gambar dibawah
1. Ambil 8 helai daun pandan dan potong kecil
2. Blend daun pandan dan letak air 2 cawan. Lepas blend tapiskan untuk membuang serdak. Hanya mahukan air sahaja
3. Masukkan tepung beras 1 cawan
4. Masukkan gula 1 cawan
5. Garam 1 sudu kecil
6. Pewarna hijau 1 sudu kecil. Untuk mencantikkan hijau kuih
7. Masakkan dan kacau sentiasa dalam 5 minit.
8. Masukkan ke dalam tupperware kecil.
9. Kemudian letak gula sedikit di atas tu sedikit. Biarkan seketika
10. Masukkan 4 sudu makan tepung beras
11. Kemudian masukkan 2 sudu makan tepung ubi
12. Masukkan 2 beg santan fresh dan kala tak ada santan fresh guna 1 kotak santan
13. Masukkan 2 cawan air dan masak
14. Gaaram 1 sudu makan
15. Akhirnya, masak kesemuanya
16. Masak dalam 10 minit. Dah nampak beku sikit boleh tutup api
17. Dah selesai, terus masukkan atas lapisan yang tadi. Biarlah panas pun. 1 sudu 1 bekas
18. Dah siap! Lihat hasilnya
19. Dah cantik dengan hiasan daun pandan diatas
20. Sejukkan sedikit kuih tepung pelita kita
21. Tadaa! dah siap. Boleh makan
sumber : facebook Ameera
Post a comment