Air Asia Memperkenalkan Pakaian Seragam Seakan PPE Tersendiri

Baru-baru ini tular gambar dimana Air Asia memperlihatkan pakaian seragam seakan PPE tersendiri bagi petugas atau crew di dalam penerbangan.

Air Asia Memperkenalkan Pakaian Seragam Seakan PPE Tersendiri

Gambar tersebut banyak mendapat perkongsian di media sosial dan juga dihujani dengan pelbagai riaksi daripada nitizen. Ya, bagaimana sebuah syarikat penerbangan, ada pakaian Personal Protective Equipment (PPE) sendiri kan.

Pakaian tersebut seperti pakaian yang dipakai oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga HAZMAT bagi menguruskan pesakit COVID-19. Ianya bagi mengelakkan jangkitan virus tersebut terkena pada diri.

Pakaian Krew Penerbangan Air Asia

Sebenarnya pakaian ini dipakai oleh cabin crew bagi Air Asia Filipina. Pakaian ini mengenakan tema warna merah putih seperi logo Air Asia sendiri yang digelar "chic and sporty". Ianya diperkenalkan dan dipakai buat pertama kali ketika penerbangan daripada Bangkok ke Manila baru-baru ini.

Jika dilihat dari segi pakaian, topeng muka dan penghadang muka, pastinya ia direka khas bagi mengelakkan jangkitan pandemik COVID-19 ini. Untuk pengetahuan, pakaian ini telah direka sendiri oleh pereka Filipina sendiri Puey Quiñones dan dipertontonkan di akaun Instagram milik beliau sendiri.

Air Asia Memperkenalkan Pakaian Seragam Seakan PPE Tersendiri

Air Asia Memperkenalkan Pakaian Seragam Seakan PPE Tersendiri

Jadi setiap penerbangan semasa tempoh pandemik ini, mungkin pakaian seragam inilah akan dipakai oleh cabin crew di dalam penerbangan. Untuk pengetahuan, Air Asia akan menyambung semula penerbangan domestik iaitu berula di Malaysia (29 April), Thailand (1 Mei), Filipian (1 Mei), India (4 Mei) dan Indonesia pada 7 Mei 2020 ini.

Mungkin jika penerbangan Air Asia Malaysia disambung semula selepas ini, mereka juga akan mengenakan pakaian ini? Itu masih tiada lagi jawapan.

Apa yang penting, walaupun pakaian PPE ini tidak cantik seperi seragam asal, pastinya memberikan kebaikan dan keselamatan kepada krew penerbangan selama mana berada bersama penumpang di dalam kapal terbang.

Post a Comment

Previous Post Next Post