Kadar Zakat Fitrah Untuk Seluruh Negeri Di Malaysia Bagi Tahun 2020

Kadar zakat fitrah telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing bagi setiap individu di Malaysia bagi tahun 2020.

Kadar Zakat Fitrah Untuk Seluruh Negeri Bagi Tahun 2020

"Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan"

Jadi kepada setiap individu yang beragama Islam mestilah membuat bayaran Zakat Fitrah setiap tahun bermula awal Ramadan hingga 1 syawal. Kebiasaanya pembayaran zakat fitrah dibuat terus kepada amil yang dilantik khas oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Setiap tahun kadar Zakat Fitrah berbeza dan ketetapan itu diputusan oleh pihak berkuasa agama negeri. Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri masing-masing.

Tahun ini juga, mungkin Majlis Agama Islam Negeri akan menyediakan pelbagai kaedah bayaran termasuk atas talian (online) bagi memudahkan pembayaran dan juga mengelakkan berlaku sentuhan dan perkumpulan orang ramai. Ini kerana disebabkan krisis COVID-19 dan juga arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. Pastikan anda cakna dengan kaedah yang diumumkan oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Di Malaysia Bagi Tahun 2020

Kadar bayaran zakat fitrah ini diambil daripada maklumat yang dikongsikan daripada sumber rasmi Majlis Agama Islam di setiap negeri bagi tahun 2020 atau 1441H.

Ada negeri yang menetapkan beberapa pilihan kadar zakat fitrah, jadi anda diberi pilihan mengikut kemampuan ketua keluarga atau individu.

Johor

Kadar Bayaran : RM7 / RM10
Cara Bayaran :

1.  Atas Talian (Onlin)

Kedah

Kadar Bayaran : RM5 / RM7 / RM14 / RM21
Cara Bayaran :

1.  Bayaran Melalui Amil (Kaedah Manual)

2.  Atas Talian (Online)

Kelantan

Kadar Bayaran : RM7 / RM14 / RM21
Cara Bayaran :

1.  Bayaran Melalui Amil (Kaedah Manual)

2.  Atas Talian (Online)
  • Financial Process Exchange (FPX) melalui https://zakat.e-maik.my/
  • Laman sesawang ejen-ejen bank (16 bank)
  • QR Code
  • Aplikasi MyMaik eZakat Payment
  • SMS

Melaka

Kadar Bayaran : RM7 / RM14
Cara Bayaran :

1.  Bayaran Melalui Amil (Kaedah Manual)

2.  Atas Talian (Online)

Negeri Sembilan

Kadar Bayaran : RM7
Cara Bayaran :

1.  Bayaran Melalui Amil (Kaedah Manual)

2.  Atas Talian (Online)
  • Portal Pembayaran Zakat melalui www.zakatns2u.biz
  • Aplikasi ZakatN9
  • Aplikasi SnapNPay
  • JomPAY

Pahang

Kadar Bayaran : RM7
Cara Bayaran :

1. Atas Talian (Online)

Perak

Kadar Bayaran : RM7 / RM14 / RM21
Cara Bayaran :

1.  Bayaran Melalu Amil (Kaedah Manual)
  • Kaunter Drive-thru
  • Amil bertemu secara langsung dengan pembayar

2.  Atas Talian (Online)
  • R Code Maybank
  • Aplikasi Snap N Pay
  • Aplikasi GoPayZ
  • FPX melalui Portal MAIPk

3.  Zakat terus melalui Tabung Khas Fitrah di masjid-masjid tertentu

Perlis

Kadar Bayaran : RM7
Cara Bayaran :

1.  Bayaran Melalu Amil (Kaedah Manual)

2.  Atas Talian (Online)
  • Aplikasi SnapNPay

Pulau Pinang

Kadar Bayaran : RM7 / RM16
Cara Bayaran :

1.  Bayaran Melalu Amil (Kaedah Manual)

2.  Atas Talian (Online)
  • Aplikasi SnapNPay
  • Aplikasi JomPay
  • QR Pay
  • Aplikasi GoPayZ
  • FPX

Selangor

Kadar Bayaran : RM7 / RM14 / RM21
Cara Bayaran :

1.  Bayaran Melalu Amil (Kaedah Manual)

2. Atas Talian (Online)
  • FPX melalui portal eZakatPay di pautan https://fpx.zakatselangor.com.my/
  • Aplikasi e-dompet GoPayZ
  • Aplikasi e-dompet Boost
  • QR Code
  • Laman sesawang ejen-ejen Bank (9 buah bank)
  • Portal MyEG
  • Post Online

Sarawak

Kadar Bayaran : RM7
Cara Bayaran :

1.  Bayaran Melalu Amil (Kaedah Manual)

2. Atas Talian (Online)
  • Portal Pelanggan TBS (Baitul Kamek)
  • Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak
  • Portal MyEG
  • Maybank2U
  • Aplikasi SnapNPay

Sabah

Kadar Bayaran : RM6 / RM7.50
Cara Bayaran :

1.  Bayaran Melalu Amil (Kaedah Manual)

2. Atas Talian (Online)
  • Laman sesawang ejen-ejen bank
  • Portal MyEG
  • Aplikasi SnapNPay
  • JomPAY

Terengganu

Kadar Bayaran : RM7
Cara Bayaran :

1.  Bayaran Melalu Amil (Kaedah Manual)

2.  Atas Talian (Online)
  • Aplikasi Snap N Pay
  • FPX melalui Portal MAIDAM

Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan)

Kadar Bayaran : RM5 / RM7
Cara Bayaran :

1.  Bayaran Melalu Amil (Kaedah Manual)

2.  Kaunter PPZ-MAIWP

3.  Atas Talian (Online)
  • Melalui portal PPZ fitrah.zakat.com.my
  • Laman sesawang ejen-ejen bank (14 buah bank)
  • PayHalal
  • Portal MyEG
  • U-Mobile
  • Pos Online



Post a Comment

Previous Post Next Post