Cara Memohon Telefon Percuma Dengan Data Bagi Golongan B40 Daripada YTL Foundation

YTL Foundation berbesar hati ingin memberi telefon percuma dengan data internet kepada golongan B40 bagi meneruskan sesi belajar dari rumah.

Cara Memohon Telefon Percuma Dengan Data ytl foundation

Jika sebelum ini, YTL Foundation juga ada menyediakan kad sim percuma bersama 40GB data hasil daripada kerjasama YES dan FrogAsia khas untuk golongan pelajar yang memerlukan. Jika anda memerlukannya, anda boleh buat permohonan di pautan Plan Data Percuma.

Tidak cukup dengan itu lagi, sekali lagi YTL Foundation tampil memberikan yang terbaik kepada murid bagi menggalakan duduk dan belajar di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Selain itu juga, Kerajaan juga telah mengumumkan setakat ini, semua sekolah tidak akan dibuka jika krisis COVID-19 ini tidak pulih kepada yang lebih baik. Supaya murid-murid dijamin keselamatan dan kesihatan mereka sehinggalah dimaklumkan sekolah boleh dibuka dengan selamat.

Telefon pintar percuma ini dilengkapi dengan:
  • Data 120GB (10GB data sebulan bagi tempoh 12 bulan)
  • Panggilan suara selama 60 minit ke nombor rangkaian lain, selain YES sebulan bagi tempoh 12 bulan
  • Panggilan suara dan sms tanpa had ke talian nombor YES 
  • Sekiranya memerlukan lebih data dan panggilan suara, tambah nilai boleh dilakukan di aplikasi MyYes4G

Cara Memohon Telefon Percuma Dengan Data Daripada YTL Foundation

Bagi menggalakkan sesi pembelajaran di rumah, YTL Foundation akan memberi telefon percuma dengan data internet khusus kepada golongan B40. Pastinya golongan ini akan tercicir jika tidak diberi bantuan yang sepatutnya bagi meneruskan pembelajara kita tempoh PKP ini berlangsung. 

Kita yang hidup bermasyarakat sepatutnya lebih cakna dengan masalah kejiranan. Jika anda kenal mana anak-anak yang tergolong dalam golongan B40, anda boleh calonkan anak tersebut supaya telefon ini dapat disampaikan kepada mereka
  1. Sesiapa sahaja boleh mencalonkan murid untuk menerima telefon percuma dengan data di www.ytlfoundation.org/learn.
  2. Ibubapa pelajar akan dimaklumkan sekiranya pencalonan tersebut berjaya dan ibubapa kemudiannya perlu mengemukakan pendaftaran untuk telefon percuma dengan data 120GB (10Gb sebulan/selama 12 bulan)
  3. Kriteria: 
    1. Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.
    2. Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40

Cara Memohon

Sebelum mencalonkan murid, sila pastikan murid adalah daripada keluarga B40:
  1. Dapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:
    1. Nombor MyKid/MyKad murid
    2. Nombor MyKad Ibubapa
    3. Status B40 ibubapa daripada portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
  2. Untuk mendapatkan status B40 ibubapa, sila pergi ke bpn.hasil.gov.my, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’
  3. Untuk mengesahkan bahawa murid tergolong dalam keluarga B40, status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa haruslah tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM1,600.
Cara Memohon Telefon Percuma Dengan Data ytl foundation

Jika sudah lengkap maklumatnya, anda boleh hantar butiran tersebut di pautan dibawah ini


Jika Pencalonan Berjaya

Ibubapa yang dicalonkan akan menerima emel dengan pautan untuk mendaftar. Antara butiran yang dipinta seperti berikut :
  1. Salinan MyKad/MyKid murid
  2. Salinan MyKad ibubapa

Jika berjaya, pihak YTL Foundation akan hantar telefon percuma dengan data tersebut terus ke rumah mereka dan boleh mula belajar dari rumah.


Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan sim kad 40GB dan telefon bimbit percuma bersama data dengan layari pautan FAQ YTL Foundation disini.

Post a Comment

Previous Post Next Post