Harimau Disahkan Positif COVID-19. Bolehkah Virus Ini Dijangkiti Pada Haiwan?

Pasti anda ada terbaca dimana, seekor harimau belang disahkan positif COVID-19 selepas haiwan itu mengalami gejala batuk kering yang ketika ini berada di sebuah Zoo di New York.

Harimau Disahkan Positif COVID-19. Bolehkah Virus Ini Dijangkiti Pada Haiwan?

Harimau yang diberi nama Nadia ini sebenarnya bukanlah haiwan atau binatang yang pertama disahkan positif COVID-19. Sebelum ini dilaporkan juga ada beberapa haiwan yang dijangkiti virus ini seperti beberapa anjing di Hong Kong dan seekor kucing di Belgium. 

Kesemua ini kes ini dilaporkan juga dijangkiti daripada pemilik atau tuan kepada haiwan-haiwan tersebut termasuklah Nadia. Tuan kepada harimau tersebut telah disahkan positif COVID-19 dan mungkin harimau tersebut dijangkiti daripada tuanya sendiri.

Ketika ini New York antara bandar yang mencatatkan angka kematian yang tinggi iaitu sehingga 400 orang dan Zoo Bronx ini pula terletak di dalam bandar tersebut yang pastinya sudah ditutup sejak pertengahan Mac yang lalu.

Jadi COVID-19 ini dijangkiti daripada manusia ke haiwan la kan? Ikuti perkongsian daripada seorang doktor Veterinar iaitu Dr Afiq melalui akaun twitter beliau @DrAfiqS mengenai kes Nadia ini apabila dijangkiti virus tersebut.

Adakah Haiwan Boleh Dijangkiti COVID-19?

Harimau Disahkan Positif COVID-19. Bolehkah Virus Ini Dijangkiti Pada Haiwan?

Apa Itu COVID-19?

Sedikit pengenalan, Coronavirus (CoV) infection berlaku pada haiwan dan manusia, some strains of CoV ni zoonotic (boleh berjangkit dari haiwan ke manusia) but, many strains are not! sebagai contoh 
  • MERS-CoV dari unta -> manusia
  • SARS-Cov dari civet -> manusia

Kita sudah tahu, virus ini lahir dan dijumpai pada Disember 2019 di Wuhan maka lahirlah satu Coronavirus (CoV) yang baru dinamakan SARS-CoV-2 pada awalnya sehingga dipanggil dengan nama COVID-19 sehingga sekarang.

Seperti yang kita tahu, the predominant route of transmission COVID-19 ni adalah diantara manusia ke manusia. Ada kajian yang mengatakan COVID-19 berasal daripada haiwan, tetapi sehingga kini, kita masih belum mempunyai bukti saintifik untuk kata virus ni datang daripada haiwan. 

Maklumat genetic sequence COVID-19 ni yang saintis jumpa paling dekat pun adalah dengan CoV di dalam Rhinolophus bat iaitu sejenis kelawar. Jadi mungkinlah virus ini datang daripada haiwan tersebut.

Adakah Ianya Boleh Dijangkiti Kepada Haiwan?

Apabila jangkitan COVID-19 ini sudah berleluasa ke serata dunia, Maka adalah berkemungkinan untuk virus ni berjangkit dari manusia ke haiwan. Sebab sekarang virus ini banyak kt manusia ye. Jadi ada possibility. Seperti yang diberitahu, sekarang ni pun ada beberapa kes dimana haiwan dah tested positive.

World Organization for Animal Health (OiE) menerima laporan pertama anjing di Hong Kong disahkan positif COVID-19 iaitu sekitar 9 Mac hingga 23 Mac 2020 dan kucing di Belgium pada 28 Mac 2020. Kesemua haiwan tersebut ada close contact dengan manusia yang positif COVID-19 termasuk jugalah kes Nadia ini.

Pasti anda ada terbaca dimana, seekor harimau belang disahkan positif COVID-19 selepas haiwan itu mengalami gejala batuk kering yang ketika ini berada di sebuah Zoo di New York.

Sehingga kini, kajian masih dijalankan secara mendalam terhadap haiwan-haiwan yang positif COVID-19 tersebut. Tetapi penting untuk kita tekankan disini, tidak ada bukti sintifik yang mengatakan haiwan yang dijangkiti memainkan peranan di dalam penyebaran COVID-19.

"Human outbreak are driven by person to person"

Jadi janganlah kita bertindak atau bersangka bawa haiwan peliharaan kita ini juga bawa virus ini. Takut ada yang buang kucing pulak nanti. Sebab setakat ni haiwan ni pun berjangkit dari manusia bukan sebaliknya

Langkah Pencegahan

Jadi apakah langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk elak haiwan peliharaan kita dijangkiti seperti virus ini. Basic hygiene bila handle haiwan seperti basuh tangan sebelum dan selepas apabila pegang, bagi makan terhadap haiwan peliharaan kita. Elakkan cium, jilat atau berkongsi makanan dengan haiwan peliharaan kita.

Sesiapapun yang positif atau suspect positif COVID-19 should avoid close contact dengan pets.  Jika pesakit tersebut perlu masuk hospital, mintalah orang lain untuk jaga haiwan peliharaan dia dan orang yang menjaga tu pula perlu maintain good hygiene, pakai mask.

Keep the pets strictly indoor as much as possible and contact with those pets should be avoided as much as possible. These are recommendation yang diberi oleh OIE, kalau anda inginkan lebih info dan maklumat yang sahih boleh visit website OIE di www.oie.int 


sumber : twitter Dr Afiq

Post a Comment

Previous Post Next Post