Remaja 17 Tahun Bina Website Statistik COVID-19 Sehingga Ditawarkan Pengiklanan USD 8 Juta

Siapa sangka dikala orang ramai diarahkan kuarantin dan duduk dirumah kerana krisis COVID-19 ini, remaja 17 tahun berjaya membina sebuah website lengkap dengan statistik COVID-19 terbesar didunia ketika ini.


Siapa sangka remaja ini telah berjaya membina sebuah website yang kini antara laman yang menerima pengunjung yang teramai di dunia di kala krisis pandemik virus yang merebak di seluruh dunia.

Siapa sangka antara website yang sering di kunjungi ketika ini bagi ketahui statistik lengkap COVID-19 ini adalah pemilik seorang remaja 17 tahun daripada Washington, USA. Avi Schiffmann telah membinanya sejak Disember 2019 yang lepas dengan dunia ketika itu masih leka dengan keadaan yang meruncing di China.

Website Statistik COVID-19 Terbesar Didunia


Pada peringkat awal, Avi merasakan untuk membina sebuah website penjejak data kes COVID-19 ini sangat sukar. Ini kerana segala data yang terawal kesemuanya berada di China dan pastinya kesemuanya dalam bahasa China.

Jadi beliau hanya dapatkan nombor statistik tersebut dan masukkan ke dalam database website milik beliau. Untuk kesemua negera, beliau juga menggunakan tatacara yang sama. Sehingga kini, kita dapat lihat pada website ncov2019.live/data sentiasa memberikan data statistik yang terkini. Itulah tujuan website ini dibina iaitu memudahkan pengguna lain ketahui data terkini bagi negera masing-masing.

Dalam website beliau, anda boleh dapatkan jumlah kes positif seluruh dunia, jumlah kematian, jumlah kes serius dan juga jumlah kes yang sudah pulih. Selain itu, ianya disediakan bagi setiap negara yang dikemaskini mengikut kes semasa.

Menurut pemilik website tersebut, Avi Schiffmann, memberitahu sehingga kini terdapat lebih 30 juta pengunjung setiap hari dan kini sudah mencapai 350 juta secara total pengunjung yang masuk dan akses website tersebut.

Tawaran Pengiklanan Sehingga USD8 Juta?


Ternyata website itu bukan biasa-biasa sebenarnya. Hasil daripada visitors yang begitu ramai, beliau telah mendapat tawaran pengiklanan dimana jumlahnya adalah bernilai USD8 Juta. Ya! ada yang sanggup membayara remaja tersebut untuk beriklan di website miliknya.

Dengan sekelip mata, remaja ini mampu menjadi jutawan seawal 17 tahun. Tetapi ianya tidak berlaku. Kerana beliau telah memberitahu dalam temuramah Bloomberg, tawaran itu tidak diterima oleh beliau ianya seperti ditolak mentah-mentah oleh beliau.

I turned them down - Avi Schiffmann

Itulah yang diungkapkan oleh remaja ini. Sehingga kini tiadapun ruang iklan yang muncul di website tersebut dan anda pun bebas untuk layari laman tersebut.

Katanya lagi, beliau sepertinya tidak memikirkan lagi tentang duit dan kewangan ketika ini. Sepertinya, beliau ingin hidup seperti remaja lain yang hanya fikirkan tentang permainan video game dan kawan-kawan. Katanya lagi, pada awal pembinaan website tersebut, beliau tidak pernah pun terfikir untuk menjana kewangan daripadanya sebaliknya hanya ingin memberikan informasi yang berguna kepada orang ramai.

Selain itu, beliau juga katakan, dengan kebolehan yang ada, apa salahnya disalurkan kepada perkara yang bermanfaat. Beliau juga ingin memberi inspirasi kepada anak muda yang lain supaya sentiasa cuba perkara baru dengan kebolehan yang ada. 

Post a Comment

Previous Post Next Post