Dikatakan 8 Mei 2020 Akan Berlaku Salah Satu Tanda Besar Kiamat, Iaitu Ad-Dukhan. Betul Ke? Ikuti Penjelasan...

Perkara ini sebenarnya sudah dibincangkan oleh para asatizah pada penghujung 2019 lagi tetapi kini dibicarakan kembali yang mengaitkan katanya kiamat akan berlaku pada pertengahan Ramadhan iaitu pada 8 Mei 2020.

Dikatakan 8 Mei 2020 Akan Berlaku Tanda Besar Kiamat, Iaitu Ad-Dukhan. Betul Ke? Ikuti Penjelasan...

Sebelum pergi jauh, Rasullulah pernah bersabda ada 10 macam tanda-tanda kiamat iaitu “Asap, Dajjal, binatang besar, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam Alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia ke Padang Mahsyar mereka “. (HR Muslim)

Daripada tanda ini iaitu Asap atau dipanggil Ad-Dukhan dan juga gempa. Disebabkan inilah rata-rata risau akan tandanya yang mana mengatakan akan berlaku pada pertengahan bulan puasa iaitu pertengahan Ramadhan dan pada hari jumaat.

Jadi bilakah pertengah Ramadhan ini? Ada ke hadis yang memberitu waktu yang begitu tepat seakan tarikh ini?

Sebenarnya, disebabkan ada hadislah mereka ini menyebarkan berita ini. Mereka memberitahu berdasarkan hadis di bawah

Nu’aim bin Hammad berkata: “Telah menceritakan kepada kami Abu Umar, dari Ibnu Lahi’ah, ia berkata; Telah menceritakan kepadaku Abdul Wahhab bin Husain, dari Muhammad bin Tsabit Al-Bunani, dari ayahnya, dari Al-Harits Al-Hamdani, dari Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu alaihi wasallam, beliau bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawal, kabilah-kabilah saling bermusuhan (perang antar suku, pent) di bulan Dzul Qa’dah, dan terjadi pertumpahan darah di bulan Dzul Hijjah dan Muharram…”. Kami bertanya: “Suara apakah, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jumat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Allah Al-Quddus, Mahasuci Allah Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus”, kerana barangsiapa melakukan hal itu, niscaya ia akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu, niscaya akan binasa”.

(Hadits ini diriwayatkan oleh Nu’aim bin Hammad di dalam kitab Al-Fitan I/228, No.638, dan Alauddin Al-Muttaqi Al-Hindi di dalam kitab Kanzul ‘Ummal, No.39627).

Jadi disebabkan hadis inilah, tersebarnya yang mengatakan akan berlaku perkara seperti yang diberitahu di atas atau kiamat. Katanya sehinggakan ada para ustaz juga memberitahu perkara ini. Di media sosial ramai yang menceritakan perkara ini. Betul ke?

Taraf Hadis Tersebut

Menurut penerangan daripada Ustaz Adnin, Ustaz Azhar Idrus dan Dato Dr. Danial Zainal Abidin sepakat memberitahu bahawa Hadis ini derajatnya palsu (maudhu’). Ini karana di dalam sanadnya terdapat beberapa perawi hadis yang pendusta dan bermasalah sebagaimana diperbincangkan oleh para ulama hadis

Penerangan Berkaitan Isu Hadis Ini

Ikuti penerangan daripada Ustaz Adnin yang merupakan penceramah daripada saluran Youtube Tarbiah Sentap. Beliau kongsikan penerangan di akaun Twitter milik beliau sendiri.

Perkara asas yang anda perlu tahu ialah kita tidak boleh ramal masa hadapan. Meramal masa depan ini hukumnya berdosa. Sebab apa? Sebab masa depan itu adalah benda ghaib dan hanya Allah sahaja mengetahui perkara yang ghaib. Nabi SAW pun tidak tahu perkara ghaib melainkan apa yang diberithau oleh Allah.

Allah berfirman:

Dikatakan 8 Mei 2020 Akan Berlaku Tanda Besar Kiamat, Iaitu Ad-Dukhan. Betul Ke? Ikuti Penjelasan...

Seperti mana yang diberitahu, Nabi Muhammad pun tak tahu benda ghaib melainkan apa yang Allah beritahu sahaja. Ianya dirakam di dalam surah Al-A'raf ayat 188, Allah berfirman:

Dikatakan 8 Mei 2020 Akan Berlaku Tanda Besar Kiamat, Iaitu Ad-Dukhan. Betul Ke? Ikuti Penjelasan...

Jadi kepada mana-mana yang katanya mampu meramal masa depan, bila kiamat akan berlaku dengan tarikh-tarikh yang disenaraikan sepertinya katanya Dukhan akan berlaku pada 15 Ramadhan 2020 dan sebagainya. Ketahuilah semua pendapat ini adalah batil dan tidak boleh disebarkan, bahkan orang yang menyampaikan perkara ini perlu bertaubat. Jangan buat kerja Tuhan!

Hatta Nabi SAW pun tidak tahu bilakah tarikh spesifik kiamat, tarikh spesifik Imam Mahdi dan Dajjal muncul, tarikh spesifik bilakah ad-dukhan berlaku. Yang Nabi bagi tahu hanyalah kiamat sudah dekat.

Tiba-tiba ada orang sedap-sedap meramal semua benda ni.

Apa kata ulama' tentang Hadis ini (berkaitan berkaitan kiamat pada pertengahan Ramadhan)?

Ibn Jauzi kata, hadis ini palsu. Al uqaily kata, hadis ini bukan dari perawi yang boleh dipercayai. Untuk pengetahuan, kebanyakan orang-orang yang mengambil hadis-hadis ini ni dari sebuah kitab bertajuk "Alfitan" yang ditulis oleh Nuaim b Hammad.

Imam azzahabi mengkritik kitab "Alfitan" tersebut dan berkata:

"Tidak boleh bagi sesiapa pun berhujah dengannya dan dia telah menyusun kitab al-Fitan dengan menyebutkan di dalamnya keanehan-keanehan serta kemungkaran-kemungkaran.”

Maksudnya apa? Hadis-hadis yang disebarkan 15 Ramadhan (jatuh pada hari Jumaat) ni akan berlaku sekian-sekian, semuanya PALSU. Berdosa menyebarkannya. Bertaubatlah. Berdusta atas nama nabi, sebarkan hadis palsu, dosanya besar!

Kalaupun anda berpendapat hadis tersebut tidak palsu tapi hanya hadis dhaif (lemah), hadis dhaif tidak boleh dijadikan sebagai hujah lebih-lebih lagi dalam bab hukum ataupun benda-benda ghaib apatah lagi ramalan. Kerana ianya bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis yang sahih.

Orang beriman dan bertaqwa dia akan mengambil sikap berhati-hati dan meninggalkan syubhan. Dia takkan sebarkan benda-benda yang bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Kerana itulah, seorang ulama iaitu ibn qayyim mengatakan:

"Semua hadith-hadith yang menceritakan BILAKAH HARI KIAMAT, semuanya adalah hadith palsu!"

Sebab apa? Ada banyak hadis sahih bahawa nabi pun tak tahu bila kiamat, nabi hanya ceritakan tanda-tanda kiamat, dan nabi juga tidak tahu bila tarikh berlakunya setiap tanda-tanda yang dinyatakan itu.

Dalam hadith yang sahih, malaikat tanya nabi:

"Fa akhbirni anissa'ah."
"Ceritakan aku tentang kiamat..."
Nabi jawab:
"Mal mas'ulu anha bia'lam minassail"
"Saya pun tak tahu, jibril pun tak tahu.."

Dalam ayat yg lain, Allah berfirman dlm surah al a'raf ayat 187:

"Mereka bertanya padanu tentang bilakah kiamat? katakanlah wahai muhammad, sesungguhnya, ilmu tentang kiamat itu hanya ada pada Allah, dan tiada siapa yang tahu bila kiamat melainkan Allah".

Tiba-tiba, wujud golongan yang meramal-ramai bila dukhan berlaku, bila Dajjal keluar, bila imam mahdi keluar, kiamat tahun bila dan sebagainya. Dahsyat diorang ni. Nabi dengan malaikat pun tak tahu, tiba-tiba diorang boleh ramal itu ini. Ini semua dusta dan tak boleh dipercayai dan jangan disebarkan.

Kesimpulan

Dikatakan 8 Mei 2020 Akan Berlaku Tanda Besar Kiamat, Iaitu Ad-Dukhan. Betul Ke? Ikuti Penjelasan...

1)   Kita kena sentiasa bersedia menghadapi kiamat. Kalaupun kita tidak hidup zaman berlakunya kiamat, mati boleh datang bila-bila dan mati itu adalah kiamat kecil bagi kita. Andai kita masih bertangguh-tangguh taubat, berlazat-lazat dengan maksiat, bangga dengan dosa, perjuangkan maksiat, lalai dari ibadah. Ingatlah! tak perlu tunggu kiamat baru nak berubah. Kerana mati boleh datang bila-bila. Persediaan perlu sentiasa kita lakukan tidak mengira waktu.

2)   Mungkin ada ustaz-ustaz atau sesiapa sahaja orang yang menyebarkan hadis dan berita palsu ni, niat mereka baik. Mereka nak suruh kita bersedia, bertaubat dan sebagainya. Namun, niat tidak menghalalkan cara. Niat baik tapi cara salah, amalan tersebut Allah takkan terima bahkan boleh jadi dosa. Apatah lagi cara tersebut ialah dengan menyebarkan hadis palsu, meramal benda ghaib dan sebagainya. Nasihat saya untuk kalian dan diri saya sendiri, bertaubatlah.

Mengingatkan manusia tentang tanda kiamat dan mengajak manusia persiapkan diri itu amat dituntut. Namun, meramal-ramal bilakah tanda kiamat besar akan terjadi, dan bilakah kiamat, ianya satu bid'ah.

3)   Seperti yang disebut pada awal tadi, apa yang akan terjadi bila kita cakap dan sebarkan bahawa kiamat akan berlaku tarikh sekian0sekian, Dajjal keluar tarikh sekian-sekian, imam mahdi muncul tarikh sekian-sekian, Dukhan dan perang akan jadi tarikh sekian.

Apa akan terjadi? Yang akan terjadi ialah WUJUDNYA 2 GOLONGAN.

Golongan pertama, orang yang akan menangguh-nangguhkan taubat. "Ala, tarikh kiamat kan lama lagi, so buat maksiat dulu, dah nak kiamat, taubatla.."

Golongan kedua pula ialah orang yang takut, putus asa, anxiety, sebab dia rasa sia-sia dia buat kebajikan sebab kiamat nak dekat. "Buat apa aku kerja, buat apa aku kahwin, buat apa aku belajar, kiamat nak dekat. Baik aku duduk masjid je.."

Sedangkan Nabi ajar dalam satu hadis, kalau dah kiamat dan ditangan kamu masih ada benih, maka Nabi suruh tanam benih tu. Ini bermaksud, nabi suruh kita beramal sungguh-sungguh walaupun kiamat nak dekat. Hikmah kiamat dirahsiakan ni,sama mcm Allah rahsiakan kematian iaitu agar kita sentiasa bersedia.

Wallahualam...
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended