Lihat Bagaimana Dr Noor Hisham Balas Surat Kawan Ciliknya Sehingga Mendapat Pujian Daripada Orang Ramai

Siapa sangka, bukan sahaja golongan dewasa yang mengkagumi gerak kerja yang dilakukan oleh Ketua Pengarah Kesihata, Dr Hisham tetapi kanak-kanak juga berbangga dan mengkagumi beliau.

Lihat Bagaimana Dr Noor Hisham Balas Surat Kawan Ciliknya

Di dalam rakyat Malaysia resah dan gelisah kerana virus pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia, hari ini kita dikongsikan dengan kisah gembira dan comel daripada pengguna seorang pengguna Twitter.

Beliau @imancullen_ telah berkongsikan sepucuk surat yang ditulis oleh adiknya untuk Ketua Pengarah Kesihatan kita, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Dalam surat tersebut, adiknya, yang bernama Lara Khadijah McAfee menulis untuk berterima kasih kepada Dr Hisham yang selama ini bertungkus lumus dalam melawan wabak COVID-19 ini.

Selain itu juga, Lara yang kini menetap di Terengganu telah memberikan sebuah gelang berwarna biru yang dibuat khas oleh beliau dan diberikan kepada Dr. Hisham sebagai tanda persahabatan.

"I make Loom Bands for my friends to wear on their wrist as as sign of friendship" - Lara


Surat Balas Daripada Dr Hisham

Walaupun Dr Noor Hisham sibuk bekerja dan fokus terhadap melawan virus ini, beliau juga sempat melayan surat tersebut dan telah mengambil keputusan untuk membalas surat kawannya tersebut. Dr membalas surat Lara dengan memberitahu, segala usaha dan kerja keras melawan COVID-19 ini bukan dilakukan oleh beliau seorang tetapi dengan bantuan semua pihak terutamanya petugas 'frontliners' kesihatan.


Tambahan lagi, beliau memberitahu perkara ini tidak akan berpanjangan dan Lara tidak perlu risau. Sentiasa berada di rumah dan sentiasa jaga kesihatan. Pada akhir surat tersebut, Dr mendoakan kejayaan Lara dan berharap suatu hari nanti, adik tersebut juga mampu untuk berkhidmat untuk negara.

Gelang yang diberi oleh Laura kini dipakai oleh cucu Dr Hisham sendiri.

"I hope you'll continue to study hard and keep up with your grades. One day, it will be your turn to help Malaysia. Follow your dreams and work hard for it!" - Dr Noor Hisham Abdullah

Bahagian yang paling mengembirakan meruntun hati rakyat Malaysia, apabila Dr Noor Hisham sudahi dengan penutup ucapan "From your new friend, Dr. Hisham" diakhir surat tersebut.

Lihat Bagaimana Dr Noor Hisham Balas Surat Kawan Ciliknya

Post a Comment

Previous Post Next Post