10 Sinetron Yang Pernah Popular Di Malaysia Sepanjang Zaman

Di Malaysia sebenarnya pernah hit dengan siri Sinetron daripada Indonesia pada suatu ketika dahulu. Jadi sini disenaraikan 12 sinetron yang pernah popular sebelum ini di Malaysia.


Sinetron Yang Pernah Popular Di Malaysia Sebelum Ini

Awal tahun 2000 dahulu, kalau di kaca televisyen pasti kita dihidangkan dengan pelbagai jenis sinetron yang dibawa daripada Indonesia. Sinetron ini merujuk kepada drama Indonesia dengan siri episod yang panjang.

Kalau di Malaysia, orang panggil drama Melayu, kalau di Korea, orang panggil K-Drama dan sama juga di Indonesia iaitu digelar sinetron. Tapi zaman 2020 ini, ternyata sinetron ini sedikit sebanyak sudah hilang terutamanya di Malaysia. Mungkin kini sudah diganti dengan drama tempatan atau K-Drama.

Tapi jika anda sempat hidup tahun 2000-an pasti banyak sinetron yang anda tonton ketika itu. Ianya seolah-olah lepas satu sinetron tamat, ada sahaja sinetron lain yang ganti dan hit sekali lagi. Antara yang terkenal seperti Bawang Putih Bawang Merah, Mutiara Hati, Malin Kundang, Olivia dan banyak lagi.

Jadi anda boleh lihat 12 sinetron yang pernah popular di Malaysia pada suatu masa dahulu. Pastinya akan mengamit memori anda selepas ini. Sebahagian sinetron boleh ditonton di saluran Youtube dan sebahagiannya sudah tiada. Diharap pihak TV3, Media Prima serta Astro boleh menayangkan semula sinetron-sinetron yang pernah hit di Malaysia ketika dahulu

12 Sinetron Yang Pernah Popular Di Malaysia


  #1.  Bawang Putih Bawang Merah

Bawang Putih Bawang Merah sinetron

Bawang Putih Bawang Merah antara sinetron yang paling hit di Malaysia dan negara asal Indonesia. Rasanya hampir kanak-kanak 90an ketahui akan cerita ini. Ianya mengisahkan 2 orang adik beradik tiri yang hidup bersama bernama bawang merah (Siska) dan juga bawang putih (Aliya). Bawang merah bersama ibu tirinya tidak suka akan kewujudan bawang merah dalam hidup mereka. Sehingga pelbagai cara dan perkara dilakukan bagi menghapuskan bawang putih. Tapi nasib baik ada ibu peri kan.

Terdapat lebih 100 episod bagi sinetron ini yang mana pernah dimainkan di TV3 pada 2004 dan diakhir dengan episod terakhir pada 2006.

Anda boleh tonton semula kesemua episod di Youtube MD Entertainment 

  #2.  Mutiara Hati

Mutiara Hati sinetron

Selain daripada BPBM, Mutiara Hati juga antara sinetron yang pernah hit di Malaysia pada suatu masa dahulu. Ianya diterbitkan di TV9 pada tahun 2005 dan mendapat jumlah tontonan yang tinggi ketika itu. Ianya mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Nabila bersama bondanya yang selalu ditimpa ujian dalam hidup. Tetapi tetap terus bersabar walaupun apa jua rintangan yang berlaku. Nabila juga sering mengajukan pelbagai soalan kepada bondanya. Jumlah episod kurang lebih sebanyak 50 siri. 

Dengar OST Mutiara Hati ini, pasti mengamit kenangan ketika dahulu.

  #3.  Olivia

Olivia sinetron

Sinetron ini diambil sempena nama watak utama iaitu Olivia. Ianya menceritakan kehidupan seorang gadis sekolah yang menyamar menjadi seorang lelaki. Ini kerana beliau ingin menyertai sebuah pasukan bola yang hanya dibuka kepada lelaki sahaja. Jadi terdapat konflik bila terjadinya percintaan antara 2 lelaki yang ingin merebut Olivia. Sinetron ini telah ditayangkan pada 2006 yang lepas. 

  #4.  Upik Abu & Laura

Upik Abu dan Laura sinetron

Sinetron ini ditayangkan di Malaysia sekitar 2008 dengan 100 lebih episod. Ianya menceritakan tentang 2 gadis bernama Oppie dan Laura. Oppie adalah gadis pintar, bersederhana dan yatim piatu manakla Laura pula berbeza iaitu seorang gadis cantik, kaya dan sombong. Mereka bersekolah di sekolah yang sama dan sering di bandingkan keduanya. Pastinya timbul konflik percintaan antara mereka bersama seorang lelaki bernama Rangga

Anda boleh tonton di saluran Youtube RCTI - Layar Drama Indonesian disini

  #5.  Kiamat Sudah Dekat

Kiamat Sudah Dekat sinetron

Filem ini ditayangkan pada tahun 2003 di Malaysia. Mendapat sambutan yang baik apabila ditayangkan pada bulan Ramadan dan ceritanya juga berkait dengan agama dan pengajaran. Filem ini terkenal sehingga sekarang kerana ada seorang watak kanak-kanak yang diingati hingga kini iaitu Kipli dan Saprol yang berkawan baik. Walaupun lebih 15 tahun, tetapi sinetron ini masih diingati terutamanya rakyat Malaysia

Anda boleh tonton semula di Vidio.com dengan saluran SCTV untuk sinetron ini

  #6.  Anakku Bukan Anakku

Anakku Bukan Anakku sinetron

Sinetron ini pernah ditayangkan di TV3 pada tahun 2005 yang lepas. Cerita ini mengisahkan pertukaran bayi antara keluarga miskin dan kaya. Bayu telah menukar bayinya yang bernama Adel dengan bayi milik jirannya pasangan Nico dan Vivian bernama Tatia yang merupakan pasangan yang kaya tetapi mereka tidak. Bayi tersebut membesar dengan baik sehingga menjadi gadis yang cantik tetapi mempunyai sifat yang berbeza.

Dengarkan lagu opening Anakku Bukan Anakku daripada Opick Feat. Amanda bertajuk Alhamdulillah

  #7.  Cinta Kirana

Cinta Kirana sinetron

Sinetron ini dibintangi oleh pelakon jelita, Nia Ramadani yang memegang watak Kirana. Konflik percintaan berlaku antara beliau dengan Galang yang dibintangi oleh Randy Pangalila. Ianya ditayangkan di Malaysia sekitar tahun 2008 dengan 83 episod. Jadi kalau anda berpeluang, nak tengok lagi tak?

Anda boleh tonton semula di saluran Youtube MD Entertainment

  #8.  Ratapan Anak Tiri

Ratapan Anak Tiri

Sinetron yang ditayangkan 2006 dengan 30 lebih episod ini juga menarik minat rakyat Malaysia untuk menonton. Tambahan lagi, ianya sekali lagi dibintangi oleh pelakon jelita Nia Ramadani. Sinetron ini mengisahkan keluarga tiri yang ingin harta keluarga sehingga sanggup berbuat apa sahaja bagi memuaskan nafsu dunia mereka. Antara watak-watak yang adalah seperti Nina/ Marsha, Fika, Ryan dan banyak lagi

Anda boleh tonton semula di saluran Youtube MD Entertainment

  #9.  Benci Bilang Cinta

Benci Bilang Cinta

Sinetron ini menaikkan nama Baim Wong dan Marshanda apabila masing-masing memegang watak utama dalam cerita ini. Penceritaan ini bermula apabila pewaris keluarga kaya iaitu Dimas terpaksa mengahwini gadis miskin tetapi cantik bernama Winda atas amanat atau perjanjian yang dibuat oleh ayahnya. Dalam masa yang sama Dimas telah mempunyai pilihan hati. Justeru itu, timbulah pelbagai konflik percintaan antara mereka. Ianya mula ditayangkan di Astro RIA ketika itu sekitar tahun 2011.

  #10. Wah Cantiknya (Si Cecep)

Wah Cantiknya sinetron

Antara sinetron yang terawal berada di Malaysia bernama Wah Cantiknya yang ditayangkan pada 2001. Cerita ini masih diingati sehingga kini kerana kehadiran watak Si Cecep yang memainkan watak anak Down Syndrome tetapi senang bergaul dan bermesra dengan orang ramai. Selain itu, beliau juga selalu mengenakan tampilan 3 buah rambut tercacak sepanjang penceritaan. Terdapat pelbagai episod suka dan duka di dalam cerita ini. Ianya 

Anda boleh tonton semula di saluran Youtube MVP Hits

  #11.  Jelita

jelita sinetron

Rasanya ini merupakan antara sinetron terawal yang dibintangi oleh penyanyi terkenal indonesia, Agnes Monica. Sejujurnya, admin pun mengenali Agnes daripada sinetron ini. Ianya ditayangkan di Malaysia pada 2008. Jelita merupakan gadis yang baik, cantik, berani, sehingga sanggup berbuat apa sahaja bagi membantu rakan-rakanya. Jelita hanya tidak suka akan golongan kaya yang dianggap semua adalah orang yang sombong dan jahat. Konflik percintaan juga timbul antara jelita dan Bayu sepanjang penceritaan ini.

OST Jelita merupakan nyanyian sendiri oleh Agnes Monica bertajuk Matahari

  #12.  Liontin

 Liontin

Liontin ditayang pada 2007 di TV3. Penceritaan sinetron ini agak menarik dimana dua beradik yatim piatu yang terpisah ketika mencari atuk mereka. Sebelum mereka terpisah, mereka diberikan 2 liontin (rantai) yang satunya ditulis nama ayahnya dan satu lagi ditulis nama ibunya. Adakah masih ingat dengan sinetron ini? Adakah mereka ketemu kembali diakhir dan menjumpai atuknya? Kene tengok sendirilah.

Anda boleh tonton sehingga 203 episod di saluran Youtube Asal_Tonton

Post a Comment

Previous Post Next Post