Astro Lancarkan 20+ Program Baharu Sempena Ramadan

Astro telah lancarkan lebih daripada 20 program baharu sempena bulan Ramadan. Anda boleh saksikan di beberapa saluran Astro terus daripada rumah atau melalui Astro GO.


Ramadan kali ini pastinya ditunggu-tunggu oleh umat Islam tetapi sambutannya sedikit berbeza berbanding pada tahun-tahun yang lain. Tahun ini bukan di Malaysia sahaja tetapi seluruh dunia terkesan dengan pandemik COVID-19 ini. Banyak aktiviti Ramadan yang biasa kita buat tahun ini, tidak dapat dirasai pada tahun ini seperti mengerjakan ibadah solat di masjid terutamanya. 

Selain itu juga, kita terpaksa berada di rumah atas arahan Kerajaan melalui arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Justeru itu, sebagai syarikat penyiaran, Astro tampil dengan inisiatif sendiri dengan menyediakan rancangan TV yang boleh memenuhi masa terluang dengan rancangan berfaedah ketika mana berada di rumah.

Dengan mengangkat tema "Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan", Astro akan melancarkan lebih 20 program bermanfaat sempena Ramadan bagi beberapa salurang Astro yang terpilih. Banyak rancangan disediakan seperti siri ceramah, tazkirah, drama Ramadan, rancangan kanak-kanak dan banyak lagi. 

20+ Program Baharu Sempena Ramadan

Astro Oasis

  1. Ala Kazim Musim | Setiap Isnin | 7.30 PM | 10 April - 18 Mei 2020
  2. Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus | Setiap Selasa - Khamis | 7.30 PM | 21 April - 21 Mei 2020
  3. Lagu Omar & Hana - Setiap Jumaat | 4 PM | 17 April - 15 Mei 2020

Astro Prima

  1. Rasa Nostalgia Ramadan S2 | Setiap Isnin - Jumaat | 5 PM | 24 April - 22 Mei 2020
  2. Lepak @ Les' Copague - Setiap Isnin - Jummat | 7 PM | 20 April - 22 Mei 2020

Astro Ria

  1. Pung Pang Rizalman | Setiap Isnin - Rabu | 6 PM | 27 April - 20 Mei 2020
  2. The Cuba Show Edisi Puasa | Setiap Khamis & Jumaat | 6 PM | 30 April - 22 Mei 2020
  3. Empat Penjuru | Setiap Sabtu | 10.30 PM | 25 April - 16 Mei 2020

Astro Warna

  1. Kennot Brain | Setiap Selasa | 10.30 PM | 14 April - 19 Mei 2020
  2. Sembang #dudukrumah | Setiap Khamis | 9 PM | 16 April - 21 Mei 2020
  3. Seminggu Sekali | Setiap Isnin & Jumaat | 10 PM | 17 April - 22 Mei 2020
  4. Sepahtu Reunion Al Puasa | Setiap Jumaat | 9 PM | 15 dan 22 Mei 2020
  5. Kisah Tok Kadi - Setiap Isnin & Selasa | 9 PM | 27 April - 19 Mei 2020

Naura

  1. Art Of Healing | Setiap Isnin | 9 PM | 4 - 25 Mei 2020
  2. Jodoh Talk | Setiap Khamis | 9 PM | 7 - 28 Mei 2020

Astro Citra

  1. Sepenggal Puisi - Setiap Rabu & Khamis | 9 PM | 29 April - 21 Mei 2020

Astro Ceria

  1. Salam Squad 2.0 - Setiap Rabu | 6 PM | 22 April - 10 Jun 2020
  2. Lagu Omar & Hana - Setiap Jumaat | 11.30 AM & 6 PM | 1 April - 15 Mei 2020

On Demand

  1. Gurau Jer - Setiap Sabtu | 4 April - 23 Mei 2020
  2. Upin & Ipin Ramadan - Khamis | 9 PM | 23 April 2020
  3. Cendol : kepada Allah Aku Berserah - Jumaat | Mulai 24 April 2020
  4. Makrifat Cinta - Jumaat | Mulai 24 April 2020
  5. 30 Hari Puasa - Jumaat | Mulai 24 April 2020
  6. Mail & Sudin Sambut Ramadan - Jumaat | Mulai 24 April 2020

Dapatkan program penuh bagi setiap saluran yang berkaitan di Astro disini

Post a Comment

Previous Post Next Post