Senarai Selebriti Dan Atlet Sukan Malaysia Yang Disahkan Positif COVID-19

Ternyata virus COVID-19 ini tidak mengenali anda itu siapa. Kini telah dilaporkan ada selebriti dan atlet sukan juga telah dijangkiti virus ini walaupun mereka berada dalam keadaan fit sekali pun.

Senarai Selebriti Dan Atlet Sukan Malaysia Yang Disahkan Positif COVID-19

Jika sebelum ini, dilaporkan ramai atlet dan selebriti antrabangsa telah disahkan positif COVID-19 ini, ternyata selebriri di Malaysia ada yang dijangkiti. Inilah yang dipanggil, musuh halimunan yang tidak nampak yang perlu kita lawan.

Disebabkan itu, WHO, hatta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri telah mengeluarkan tatacara bagi melawan virus ini iaitu dengan cara duduk di rumah dan amalkan penjarakan sosial atau social distancing. Anda tiada keperluan untuk keluar, sila jangan keluar. Pastikan juga amalkan kebersihan tangan ditahap maksimum.

Jika di Malaysia, kini kes positif telah melebihi 3000 orang dan menyebabkan lebih 60 kematian. Ianya antara data yang tertinggi di Asia Tenggara. Jadi jangan ingat anda kebal, anda sihat, anda fit, anda kaya, anda boleh elak daripada dijangkiti tanpa mengamalkan guidelines yang diberikan.

Selebriti Dan Atlet Sukan Malaysia Disahkan Positif COVID-19

Ternyata golongan selebriti dan atlet sukan juga sudah dijangkiti COVID-19. Ada yang dijangkiti di luar negara dan ada juga terjadi di dalam negara. Jadi ikuti senarai nama yang sudah dijangkiti setakat ini.

  1.  PU Riz

PU Riz

Pendakwan Bebas dan juga pelakon yang lahir daripada program Pencetus Ummah, PU Riz antara selebriti tempatan yang dijangkiti COVID-19 ini. Ianya telah dilaporkan oleh Harian Metro pada 6 April 2020 yang lepas. Kemungkin beliau dijangkiti di Masjid Jamek Sri Petaling. Ini kerana beliau selalu datang ke Masjid tersebut sebelum ianya ditutup kerana wujudnya kluster Tabligh sebelum ini. 

PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkata, perkara itu disahkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengalami gejalan demam selama 3 hari. Ternyata ianya adalah jangkitan COVID-19.

  2.  Jackie Wong

Jackie Wong

Jackie Wong pula merupakan atlet sukan negara yang dijangkiti COVID-19 ini. Ianya dilaporkan dijangkiti selepas beberapa hari tempoh PKP bermula iaitu pada 16 Mac 2020. Laporan ini telah disahkan diberitahu oleh Menteri Belia dan Sukan sendiri, Datuk Seri Reezal. Beliau merupkan atlet baling tukul besi negara yang kini sudah pulang ke kampung halaman di Sarawak bagi menjalani saringan di sana.

  3.  Puteri Aishah

Puteri Aishah

Puteri Aishah merupakan pelakon ke-2 yang dijangkiti dan disahkan positif COVID-19 selepas diumumkan oleh pengurus beliau sendiri Iman Tang di Instagram. Puteri Aisyah sebelum ini dilaporkan baru pulang daripada pengembaraan drama di Scotland bersama-sama dengan pelakon lain seperti Ben Amir. 

Kesemua kru penerbitan dan pelakon telah menjalani saringan di sebuah hospital swasta dan ternyata bukan beliau seorang sahaja disahkan positif COVID-19 tetapi beberapa kru bersama pengarahnya juga. 

  4.  Rahila Ali

Rahila Ali

Seperti yang diberitahu di atas, bukan sahaja Puteri Aishah dijangkiti COVID-19 tetapi pengarahnya juga, Rahila Ali bersama kru produksi yang lain. Beliau merupakan pengarah drama Demi yang membuat pengembaraan di Scotland telah pulang beberapa minggu yang lepas. Selesai membuat ujian saringan, ternyata pengarah ini juga positif COVID-19.

Rahila Ali memberitahu, beliau tidak mengalami apa-apa simptom tetapi tetapi dijangkiti. Kesemua 18 kru termasuk pelakon telah pulang ke Malaysia pada 31 Mac 2020 yang lalu selepas menjalani pengembaraan di Scotland bagi drama Demi.

  5.  Puteri Rayyana Rayqa

Puteri Rayyana Rayqa

Seorang lagi pelakon yang dijangkiti COVID-19 iaitu Puteri Rayyan Rayqa yang juga antara pelakon yang bersama-sama terlibat dengan dram Demi yang pulang daripada Scotland tersebut. Ternyata lebih 5 orang positif COVID-19 daripada keseluruhan kru dan pelakon yang terband ke Scotland baru-baru ini.

Menerusi laporan Harian Metro, pelakon cilik berumur 6 tahun tersebut sudah demam di Scotland lagi dan dijaga oleh ibunya yang turut pergi bersamanya. Ternyata bukan beliau seorang sahaja dijangkiti tetapi ibunya juga, Syira turut positif COVID-19. Pelakon dan kru lain yang turut serta bersama pengembaraan tersebut kini menjalani kuarantin sendiri di rumah bagi memutuskan rantaian COVID -19 ini.

  6.  Ashraf Muslim

Ashraf Muslim covid 19

Pelakon seterusnya daripada kluster drama Demi yang disahkan positif COVID-19 adalah Ashraf Muslim. Kenyataan telah dibuat sendiri oleh beliau di laman Instagram sebentar tadi. Beliau disahkan positif virus tersebut pada 12 April 2020 yang lepas. Ashraf juga meminta supaya orang ramai maafkan beliau serta keluarga beliau dan mendoakan yang baik beserta pesakit-pesakit lain juga. Ashraf Muslim merupakan individu ke 9 daripada keseluruhan pasukan produksi beserta pelakon yang telah balik daripada Scotland baru-baru ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post