Peminat Coffee Perlu Tahu Tips ini Bagi Mengekalkan Gigi Putih Berseri

Biasa kalau kita minum coffee pastinya sedikit sebanyak akan meninggalkan stain pada gigi. Jadi anda perlu tahu beberapa tips bagi mengelakkan dan mengekalkan gigi anda putih berseri.

Peminat Coffee Perlu Tahu Tips ini Bagi Mengekalkan Gigi Putih Berseri

Untuk pengetahuan, gigi kita mempunyai microscopic irregularities pada permukaannya. Tannin pada makanan dan juda kopi boleh melekat dicelah-celah permukaan gigi dan akan menyebabkan "extrinsic stain". Jadi gigi kita akan ada kesan hitam-hitam daripada serbuk kopi tersebut.

Justeru itu, seorang doktor gigi, Dr Ib Shah telah kongsikan beberapa tips mengekalkan gigi putih berseri di twitter beliau. Sedikit sebanyak, peminat kopi boleh la minum dengan mengekalkan gigi sentiasa putih.

Peminat Coffee Perlu Tahu Tips ini Bagi Mengekalkan Gigi Putih Berseri

Tips Mengekalkan Gigi Putih

Ikuti 6 tips yang dikongsikan cara mengekalkan gigi putih berseri terutamanya kepada peminat tegar kopi.

1.   Berus Gigi

Ini adalah cara yang paling berkesan dengan berus gigi anda. Tannin ni berkumpul dan melekat pada permukaan gigi jadi gosok gigi dua kali sehari selama 2 minit adalah cara terbaik untuk menyingkirkan kesan kotoran ini. Jangn lupa floss dimana 40% bahagian gigi tak dapat dibersihkan dengan berus sajaha.

2.   Guna Straw 

Dengan menggunakan straw, kopi yang di minum akan melepasi gigi dan terus ke tekak dan lidah. Ini dapat mengurangkan masa tannin pada kopi dapat melekat pada permukaan gigi. Tapi guna lah biodegradable straw ok

Peminat Coffee Perlu Tahu Tips ini Bagi Mengekalkan Gigi Putih Berseri

3.   Minum Air Kosong

Staining agent pada kopi dan makanan boleh berlegar-legar dalam mulut pada lidah dan juga bahagian dalam pipi. Oleh itu, lama-kelamaan ia boleh beralih dan mendap pada permukaan gigi. Kumur-kumur selepas makan atau minum air kosong berselang seli dengan kopi dapat membantu mengurangkan dan menghilangan stain tersebut.

4.   Tambah Susu Pada Kopi

Americano or latte? Both taste awesome tetapi casein (protein dalam susu) dikatakan dapat bergabung dengan tannin dan mengelakkan dari melekat pada permukaan gigi. Jadi boleh cuba tambah susu dalam kopi tersebut.

Peminat Coffee Perlu Tahu Tips ini Bagi Mengekalkan Gigi Putih Berseri

5.   Minum Dengan Laju

Ada kajian menunjukkan minum kopi dalam masa 5 minit berbanding 2 jam (minum sedikit demi sedikit) menambah peratusan gigi terkesan dengan stain. Jadi nak mengelakkan gigi anda terkesan, boleh cuba cara ini kalau anda tidak terkejar-kejar masa untuk urusan lain lah.

6.   Kunyah Gula-Gula Getah Tanpa Gula

Chewing gum membantu dengan membersihkan permukaan gigi dari kotoran dan juga menambah aliran air liur dalam mulut. Tapi carilah gula-gula getah tanpa gula, kalau tidak datang pula satu masalah pula kalau kena kencing manis kan.


Selamat mencuba!

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended