12 Selebriti Antarabangsa Positif COVID-19 Setakat Ini

Ternyata COVID-19 tidak mengenali bangsa, agama, kedudukan dan sebagainya, sehinggakan selebriti terkenal antarabangsa pun ada yang disahkan positif. Ikuti senarai antara selebriti antarabangsa positif COVID-19.

Antara Selebriti Antarabangsa Positif COVID-19

Setakat artikel ini ditulis, melalui data yang dikemaskini daripada Twitter KKM dimana kini 275,577 kes positif COVID-19 telah dilaporkan dengan 11,280 antaranya menyebabkan kematian. Di Malaysia dengan kes positif 1183 dengan 8 kematian.

Jika di China telah menunjukkan penurunan yang mendadak, tetapi di seluruh dunia ternyata ia menjadi semakin buruk termasuk di Malaysia. Sudah ramai mereka yang sudah dijangkiti virus ini walaupun katanya ianya berasal daripada Wuhan, China.

Dilaporkan kini, Eropah merupakan kawasan yang menunjukkan kesan yang sangat buruk terutamanya di Itali, Sepanyol dan Jerman. Amerika Syarikat juga antara yang ke-6 tertinggi dilaporkan positif COVID-19 dengan 19000 kes beserta 260 kematian.

Seperti dilaporkan, virus ini tidak mengenali anda itu siapa. Jika anda sentiasa berada dalam keadaan tidak bersiap siaga seperti berada di tempat orang ramai, tidak basuh tangan, tidak memakai mask dan sebagainya. Kemungkinan anda juga akan diserang virus ini.

Seperti selebriti antarabangsa ini, walaupun mereka terkenal, tetapi tak sangka mereka juga positif COVID-19. Mungkin sebelum-sebelum ini virus ini tidak merebak dengan pesat di sana, sedikit sebanyak mungkin kelalaian berlaku. Diharapkan juga mereka akan terus sembuh daripada serangan virus ini.

12 Selebriti Antarabangsa Positif COVID-19

Terdapat 12 selebriti terkenal antarabangsa antara yang disahkan positif COVID-19. Kesemuanya mendedahkan status kesihatan mereka di laman sosial media milik mereka sendiri. Ikuti senarai 12 selebriti antarabangsa yang disahkan positif COVID-19 disini.

1. Olga Kurylenko

Olga Kurylenko

Olga Kurylenko merupakan seorang pelakon yang pernah berlakon di dalam filem Quantum Of Solace dan juga Johnny English Strikes Again. Beliau memberitahu di akaun Instagramnya dimana disahkan positif COVID-19 selepas membuat ujian di hospital pada 18 Mac 2020 lepas.

Sejurus selepas itu, beliau telah mengasingkan diri di dalam rumah dengan melakukan self-isolation supaya virus tersebut tidak tersebar ke tempat lain.

2. Idris Elba

Idris Elba

Idris Elba seorang pelakon yang terkenal di dalam beberapa filem seperti Thor dan Hobs & Shaw dikejutkan dimana disahkan positif COVID-19. Beliau umumkan menerusi akaun Twitter pada 17 Mac 2020 yang lepas.

Beliau juga memberitahu, walaupun tiada simptom seperti demam, tetapi disahkan positif juga. Jadi beliau telah berada di rumah (self-quarantine) selama 14 hari bagi mengelakkan virus tersebut tersebar di luar.

3. Tom Hanks

Tom Hanks

Tom Hanks telah mengumumkan di laman media sosialnya dimana beliau dan isterinya telah disahkan positif COVID-19. Beliau juga merupakan seorang pelakon telah demam bersama isterinya ketika berada di Australia sebelum ini bertujuan melalui pengembaraan filem Elvis Presley

Jadi disebabkan itu, Tom Hanks beserta isterinya telah menjalani self-isolation di kediaman di Australia supaya virus tersebut tidak merebak kepada orang disekeliling mereka. 

4. Rita Wilson

Rita Wilson

Isteri kepada Tom Hanks yang juga merupakan seorang pelakon juga disahkan positif COVID-19. Rita Wilson disahkan positif ketika berada di Australia ketika menemani suaminya dalam penggembaraan filem

5. Daniel Dae Kim

Daniel Dae Kim

Pelakon series terkenal Hawaii-O, Daniel Dae Kim disahkan positif COVID-19 apabila membuat ujian di hospital. Beliau merasakan tidak sihat ketika merasakan sakit tekak ketika berada di Hawaii. Akhirnya beberapa symptom muncul.

Beliau juga telah kongsikan pengalaman selama berada di dalam keadaan dijangkiti COVID-19 di instagram miliknya.

6. Rachel Matthews

Rachel Matthews

Pada 16 Mac 2020 yang lepas, bintang disebalik filem 'Frozen 2' iaitu Rachel Matthews telah disahkan dijangkiti COVID-19. Ianya diumumkan sendiri oleh beliau di Insta Stories miliknya pada hari tersebut.

Selama itu, beliau telah menghidapi symptom seperti batuk, demam, sakit tekak dan pening kepala. Beliau juga telah menjadi self-quarantine bagi mengelakkan virus tersebut tersebar di luar. 

7. Kristofer Hivju

Kristofer Hivju

Pelakon Norway terkenal dengan lakonan dalam Game Of Thrones, Kristofer Hivju juga disahkan dijankiti COVID-19 pada 17 Mac yang lepas. Beliau memuat naik gambar di Instagram beserta caption mengatakan sudah disahkan dijangkiti virus tersebut.

Dalam caption tersebut, kini beliau sedang menjalani self-isolation bersama ahli keluarganya yang lain di rumah. Beliau juga menasihatkan kepada peminatnya supaya sentiasa basuh tangan dan lakukan social distancing sejauh 1.5 meter apabila berada di khalayak ramai.

8. Charlotte Lawrence


Penyanyi berumur 19 tahun, Charlotte Lawrence dilaporkan telah disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2020 yang lepas. Beliau antara 19000 kes yang dilaporkan positif di Amerika Syarikat. Dalam Instagramnya, beliau mengajak supaya peminatnya sentiasa basuh tangan dan berada di rumah. 

9. Andrew Watt

Andrew Watt

Andres Watt merupakan seorang producer terkenal di Amerika Syarikat juga disahkan positif COVID-19. Beliau mengumumkan di akaun Instagram miliknya pada 17 Mac 2020. 

Di Instagrmnya, beliau menceritakan bagaimana peritnya semasa dijangkiti virus ini sehingga di sahkan jangkiti Viral Pneumonia. Walaupun beliau tidak berada di luar negara, tetapi virus tersebut ada di dalam badannya. Kini beliau semakin pulih dan menasihtkan kepada semua

"Stay Inside, Stay Sanitized" - Watt

10. Indira Varma

Indira Varma

Seorang lagi pelakon daripada Game Of Thrones disahkan positif COVID-19 iaitu Indira Varma. Pengembaraan The Seagull terpaksa ditangguhkan buat seketika disebabkan kesihatan beliau dan juga pandemik COVID-19 ini.

"I'm in bed with it and it's not nice. Stay safe and healthy and be kind to your fellow people," - Indira Varma

Ini merupakan antara caption yang ditulis di instagramnya apabila disahkan positif COVID-19 pada ketika itu.

11. Colton Underwood


Colton Underwood mengumumkan dan memberitahu orang ramai melalui akaun twitternya dimana beliau disahkan positif COVID-19. Dalam tweet video tersebut, beliau memberitahu "virus ini tidak mengenali berapa umur anda atau anda sihat atau tidak". Ia akan menyerang kesemua jika kita tidak bersiap-siaga seperti sentiasa basuh tangan dan berada di rumah.

12. Andy Cohen

Andy Cohen

Andy Cohen merupakan seorang producer dan juga pengacara beberapa talk show di Amerika Syarikat. Beliau umumkan tahap kesihatannya di instagram pada 21 Mac 2020 baru-baru ini. Kini beliau menjalani self-isolation di rumah.

Post a Comment

Previous Post Next Post