Rasa Nak Pergi Hospital, Check COVID-19? Tunggu Dulu, Jawab Soalan Ini Dulu...

Mungkin anda rasa risau dan takut kalau-kalau mungkin anda terkena jangkitan COVID-19 ini. Jadi anda nak pergi hospital untuk check dan buat saringan. Tengok dulu ciri-ciri yang disenaraikan ini dulu.

Rasa Nak Pergi Hospital, Check COVID-19? Tunggu Dulu, Baca Sini...

Perasaan ini bagus sebenarnya anda cakna dengan isu persekitaran dan juga cakna dengan keadaan sekeliling. Ya la kan, takut kalau anda positif, mungkin orang berdekatan atau ahli keluarga anda lain juga positif COVID-19.

Tetapi sebenarnya ada beberapa keadaan yang melayakkan anda untuk pergi buat saringan di hospital seperti yang dikongsikan oleh Wan Ahmad Zhafran di facebook bagaimana nasihat Dr Zhafran, daripada Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Jawab Soalan Ini Dulu Sebelum Anda Pergi Buat Saringan Atau Check Di Hospital

Soalan ini dikeluarkan bertujuan supaya bagi anda yang SEBENARNYA SIHAT / TAKDE COVID untuk berada di hospital dan berkumpul bersama-sama orang yang SUDAH DIJANGKITI COVID semasa menunggu untuk rawatan atau berjumpa doktor.

1. Anda Ada Flu Symptoms?

Flu Symptoms tersebut adalah demam melebihi 37.5, sesak nafas, batuk dan sakit tekak.

Kalau Ya, 1 POINT
kalau ada salah satu saja, TIDAK DIKIRA

2. Anda Ada Pergi Ke Mana-Mana Negara Atau Kawasan Yang Ada Kes COVID-19 Dalam Masa 14 Hari Ii?


#1. Seperti contoh : China, Korea Selatan, Jepun, Itali, Iran dan sebagainya

Boleh check full list negara-negara terlibat yang mempunyai kes tertinggi disini (setakat 22 Mac 2020). Boleh ikuti juga kemaskini di twitter KKM

Kawasan Yang Ada Kes COVID-19

#2. Join Tabligh Sri Petaling, Church di Sarawak, atau anda dengar melalui berita bas yang anda naiki semasa perjalanan ke kampung ada pesakit positif COVID-19

Kalau Ya, 1 POINT
Kalau anda berjalan bulan lepas, 2 bulan lepas atau tahun lepas, TIDAK DIKIRA

3. Anda Ada Close Contact Dengan Sesiapa Yang Anda Tahu Positif COVID-19?

Close contact bermaksud sentuhan, bersalaman, berpeluk cium arab, bersua muka, makan bersama dalam satu talam, duduk serumah, kerja dalam satu pejabat yang buat kerja bersama dan sebagainya.

Contact yang tak dikira
  • Contact melalui telefon dan whatsapp, jerit “hai pakcik” dari jauh, anda berjalan dekat supermarket dan orang sebelah anda batuk (anda tak tahu pun orang tu siapa dan betul ke dia sakit) SUSPICION / ASSUMPTIONS TAK DIKIRA
  • Orang yang SUDAH DISAHKAN positif COVID-19 takkan berada selain di Hospital, jadi sekiranya ada saudara atau kenalan anda yang POSITIF COVID-19, dia akan dimasukkan ke dalam wad dan anda akan tahu.
  • Orang yang SUSPECTED COVID pun (PUI) setelah diambil sampel di Hospital, dia sepatutnya kuarantin di hospital atau di rumah masing-masing. Tak sepatutnya dia berjalan-jalan di tempat awam.

Jadi kalau anda ada positif COVID-19 contact, 1 POINT
Kalau anda kenal orang tu pun, tapi anda tak berjumpa dengan dia, tetap TIDAK DIKIRA

Rasa Nak Pergi Hospital, Check COVID-19? Tunggu Dulu, Baca Sini...

Keputusan Melalui Soalan-Soalan Tersebut


0 Point

  • Anda berisiko rendah dijangkiti COVID-19
  • Duduk diam-diam di rumah (ikuti arahan Perintah Kawalan Pergerakan), elakkan daripada keluar rumah. Anda jangan ingat anda berisiko rendah, anda boleh keluar pula ya.

1 Point

  • Anda berisiko sederhana dijangkiti COVID-19
  • Duduk diam-diam di rumah, self quarantine 14 hari dan monitor symptoms anda. Sekiranya semakin teruk setelah 5-7 hari, datang ke hospital untuk rawatan. (Kebanyakan demam biasa akan baik dalam masa 1 minggu)

2 Dan 3 Points

  • Anda berisiko tinggi untuk dapat jangkitan COVID-19
  • Anda patut keluar rumah sekarang dan pergi check up dengan segera di hospital
  • Pesakit dalam golongan yang ini doktor akan buat ujian saringan (swab)
  • Pesakit yang ada dalam golongan ni jangan pula degil taknak check, kesian pada ahli keluarga anda.

Caranya:

Pergi ke hospital dan berikan maklumat lengkap berkenaan:
  1. Symptoms ada sejak bila
  2. Anda pulang dari mana dan bila tarikhnya
  3. Siapa positive COVID-19 contact tersebut, hubungan anda dengan dia, dia dirawat di mana, bila anda berjumpa dengan dia dan anda buat apa dengan dia (salam, peluk,)

Sekiranya anda tidak dapat sediakan maklumat-maklumat di atas ni, kebarangkalian untuk anda dapat COVID-19 adalah rendah sebab virus hanya boleh berjangkit melalui CONTACT.

Penutup

Jadi elakkan diri anda daripada tidak sengaja mendedahkan diri sendiri kepada jangkitan COVID19 di HOSPITAL terutamanya. Anda bayangkan, semua orang yang datang ke hospital tu ada 2-3 point dan anda seorang je yang sihat, berkongsi tempat duduk, berhimpit-himpit, bersesak-sesak menunggu rawatan hingga 2-3 jam, anda yang sihat pula dapat jangkitan COVID-19 secara tidak sengaja.

Rasa Nak Pergi Hospital, Check COVID-19? Tunggu Dulu, Baca Sini...

Di hospital pun, kalau anda ada 0-1 point saja, kami akan arahkan anda untuk balik ke rumah. Anda pula akan rasa tak puas hati sebab anda datang ke hospital sebab anda sangat risau dan nak check COVID-19, tapi tak dapat. Sabar dan bertenang ya, senyum dan tarik nafas dahulu sebab itu adalah SOP KKM.

KKM buat begitu untuk:
  1. Mengelakkan anda dijangkiti COVID-19 secara tidak sengaja melalui unnecessary gathering di Hospital
  2. Mengelakkan orang yang sepatutnya dapat rawatan, jadi tak dapat rawatan disebabkan ramai sangat orang di hospital
  3. Melancarkan urusan pengesanan kes di hospital

Jadi, duduk diam-diam di rumah dan spend masa dengan keluarga. Ini masa terbaik untuk bersama keluarga. Tengok TV, dengar radio dan baca berita, dapatkan maklumat sahih terkini tentang COVID-19 (kawasan-kawasan terlibat, kluster terbaru dan sebagainya).

Ataupun anda boleh buat Self Assesment untuk check di pautan yang disediakan oleh pihak KKM di pautan ini www.doctoroncall.com.my/coronavirus/ alert-success

Apa-apa pun, kita berdia seluruh rakyat Malaysia agar urusan staff frontliners semua dipermudah dan seluruh rakyat Malaysia dihindari jangkitan COVID19 ini. Mereka berusaha sebaik mungkin, kita pun turut sama berusaha untuk ikut arahan, dan Allah yang akan menyembuhkan.

Semoga Allah merahmati anda juga yang membantu kurangkan jangkitan dengan duduk di rumah.

Post a Comment

Previous Post Next Post