Kopi Viral Kini Trending. Jom Tengok Cara Buat Dalgona Coffee Dengan Mudah

Ternyata tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini diguna sebaiknya oleh rakyat Malaysia dengan mencuba resepi kopi viral. Jom tengok cara buat Dalgona Coffee dengan beberapa bahan sahaja.

Cara Buat Dalgona Coffee Dengan Mudah

Dalgona Coffee katanya bermula tular daripada platform Tiktok bagaimana ada yang menunjukkan cara bagaimana membuat coffee 2 layer dengan menggunakan 5 bahan sahaja. Pastinya ianya mudah dibuat walaupun berada di rumah.


Jika dilihat di facebook ataupun twitter, sudah ramai pengguna menunjukkan 'aksi' sendiri bagaimana mereka sediakan Dalgona Coffee ini. Rata-rata berpuas hati dengan rasa yang katanya sedap, lagi-lagi bila ianya dibuat sendiri dengan mudah sahaja.

Cara Buat Dalgona Coffee Dengan 5 Bahan Sahaja

Bahan yang digunakan pun tidak terlalu banyak dan mudah didapatkan di pasaran dan cara membuatnya pun mudah. Ikuti resepi umum ini daripada Azrul Nizal Azali di facebook.

Bahan-Bahan

  • 2 sudu nescafe / kopi / coklat / milo
  • 2 sudu Gula
  • 2 sudu air panas
  • Full cream milk
  • Ais Batu
Cara Buat Dalgona Coffee Dengan Mudah

Cara-Cara

1.  Kacau serbuk nescafe, gula dan air panas bersama di dalam bekas sehingga kembang dan likat. Cara ini boleh dibuat menggunakan sudu sahaja. Tetapi ianya lebih cepat jika anda kacau menggunakan mixer.

2. Kemudian masukkan ais batu dan susu ke dalam cawan dengan sukatan 3/4 daripada cawan tersebut.

Cara Buat Dalgona Coffee Dengan Mudah

3. Akhirnya campuran kopi yang sudah likat tersebut ditaburkan di bahagian atas cawan. SIAP!

Mungkin ada yang tidak minum kopi atau nescafe, jadi anda boleh tukar resepi menggunakan serbuk coklat atau milo. Yang penting ikut cita rasa anda sendiri.

Cara Buat Dalgona Coffee Dengan Mudah

Post a Comment

Previous Post Next Post