5 Resepi Maggi Yang Anda Boleh Cuba. Pasti Lazat!

Selain masakan maggi yang tersedia di plastik tersebut, sebenarnya banyak lagi resepi yang anda boleh cuba. Jom ikuti 5 resepi maggi yang anda boleh cuba di rumah.

5 Resepi Maggi Yang Anda Boleh Cuba. Pasti Lazat!

Kita tahu, kalau beli maggi, kita buka, rendam dalam air sampai 2 minit, masukkan perencah dah siap maggi sup kan. Sebenarnya daripada maggi tersebut banyak lagi resepi yang boleh kita cuba. Daripada maggi boleh lagi menjadi masakan yang lain dengan tambahan beberapa bahan.

Mungkin kita sudah terbiasa maggi adalah makanan segera. Jadi dengan pantas boleh siap dan terus makan. Tetapi kalau anda mempunyai masa, apa kata cuba dulu resepi lain ini tetapi bahan utamanya adalah maggi yang ada pada anda ketika ini.

Jom ikuti perkongsian 5 jenis resepi maggi yang anda boleh cuba ketika berada di rumah dengan penambahan beberapa bahan sahaja. Boleh buat murtabak maggi, maggi goreng, pizza maggi, oden maggi dan sebagainya.

Pelbagai Resepi. Ikuti 5 Resepi Maggi Yang Anda Boleh Cuba


#1. Murtabak Maggi

Daripada maggi yang kita ada, kita boleh buat murtabak maggi. Biasa kita jumpa murtabak ni pada bulan puasa dengan bazar ramadhan kan. Tetapi kali ni anda boleh buat sendiri tetapi isi adalah bahan daripada maggi. Ikuti perkongsian Shai Anne Ahemed di facebook cara dan resepi untuk buat murtabak maggi

Murtabak Maggi

Bahan-Bahan

  • Maggi kari 1 bungkus
  • Telur 3 biji
  • Bawang Merah 3 biji
  • Sosej (rebus sekejap) bersama Garam
  • Ajinomoto
  • Daun bawang
Murtabak Maggi

Cara Masak

  1. Masukkan perencah maggi kari dan kesemua bahan di atas dan kacau sampai sebati. Kemudian masukkan 3 biji telur ke dalam bahan yang kita masak tadi kacau sampai sebati.
  2. Rebus mee maggi sampai lembut.
  3. Masukkan mee maggi kedalam bahan-bahan yang kacau tadi sampai sebati dan bahagi kan kepada 2 bahagian.
  4. Kemudian barulah panaskan minyak dan masukkan mee maggi kedalam kuali sehingga masak, kemudian kita terbalik kan mee maggi.
  5. Kemudian kita angkat mee maggi kita hiaskan dengan mayonis dan cili sos. Dah siap untuk dihidangkan

#2. Oden Maggi

Biasa oden ni kita beli di Family Mart kan. Jadi apa kata dengan maggi yang ada, kita jadikan ianya sebagai salah satu bahan untuk hasilkan Oden Maggi. Jimat dan pastinya sedap bila dimasak dengan kasih sayang kan. Jadi ikuti perkongsian daripada Nur Nadhirah Mohd Noor di facebook cara buat oden maggi.

Oden Maggi

Bahan-Bahan

  • Air secukupnya
  • 2 perencah Asam pedas Adabi
  • 2 perencah Tom yam Adabi
  • Nisan sedikit
  • Garam dan perasa
  • Sepeket steamboat mix
  • 1 paket Sosej
  • Maggi/mee hoon/mee/kueh teaw dan pilihan yang anda mahu

Cara Masak

  1. Masukkan air di dalam kuali ikut sukatan sendiri, pastikan tidak terlalu cair
  2. Masukkan 2 paket pes asam pedas adabi & 2 paket pes tomyam adabi
  3. Masukkan sedikit nisan dan garam
  4. Letakkan perasa sedikit dan panaskan kesemua bahan tersebut
  5. Bila dah gelegak masukkan 1 paket mix steamboat & 1 paket sosej
  6. Akhir sekali, masukkan maggi/mee hoon/mee/kueh teaw. Kalau taknak maggi kembang, asingkan pun takpa. SIAP!

#3. Donut Maggi

Dengan maggi pun boleh buat kueh tau iaitu Donut Maggi. Haa ni anda patut cuba, pernah viral suatu masa dulu bagaimana Aznie Khasri kongsikan resepi cara buat donut maggi dengan beberapa bahan dan bahan utamanya pastilah maggi.

Donut Maggi

Bahan-Bahan

  • 1 bungkus maggi
  • 2 batang sosej yang dipotong dadu
  • 4 biji telur yang dipukul sebati
  • 2 serbuk maggi kari

Bahan Butter

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air + 2 sudu besar air
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Serbuk roti secukupnya***
  1. Sebatikan kesemua bahan kecuali serbuk roti*** Jika masih pekat, tambah sedikit air lagi dan pastikan jangan terlalu cair. Buat seperti goreng pisang

Cara Masak

  1. Rebus maggi sehingga kembang, kemudian toskan
  2. Masukkan telur, sosej juga serbuk perencah maggi ke dalam maggi. Kemudia gaul sehingga sebati
  3. Panaskan kukusan
  4. Sapukan acuan dengan sedikit minyak (apa-apa acuan yang mempunyai lubang ditengah)
  5. Masukkan adunan maggi tadi di dalam acuan, dan dikukus. Kukus selama 12 minit (Unutk acuan seri ayu kukus 5 minit sahaja)
  6. Bila dah masak, angkat dan boleh dikeluarkan daripada acuan tersebut
  7. Panaskan minyak di dalam kuali
  8. Celupkan seketul maggi yang dah siap kukus tadi ke dalam adunan butter sehingga rata
  9. Kemudian salutkan pula dengan serbuk roti sehingga rata
  10. Boleh mula menggoreng. Biar hingga warna keemasan dan boleh diangkat. SIAP!

#4. Pizza Maggi

Ianya sama seperti murtabak maggi tetapi pastinya dibentuk dalam bentuk bulat dan dipotong dalam bentuk pizza. Jadi jom kita tengok resepi buat pizza maggi.

Pizza Maggi

Bahan-Bahan

  • Maggi kari 1 peket
  • Telur 2 biji
  • Bawang merah 1 ulas

Cara Masak

  1. Masak magi kosong. Dah masak angkat dan tapis.
  2. Pecah telur bersama bawang merah. Bubuh perencah maggi kari.
  3. Satukan maggi yang direbus tadi ke dalam telur dan gaul.
  4. Gorengkan di dalam frying pan dengan sedikit minyak. Guna api kecil je tau. Kang rentungg
  5. Balik-balik kan. SIAP!

#5. Maggi Bakar

Kita pergi kepada resepi lain iaitu maggi bakar. Dengan maggi pun anda boleh buat dan cuba resepi ini. Ianya dikongsikan oleh Siti Asa di facebook.

Maggi Bakar

Bahan-Bahan

  • Maggi
  • Bawang besar potong dadu
  • Lobak potong dadu
  • Kentang potong dadu
  • Cendawan butang
  • Tomato ceri utk hiasan.
  • Bawang putih di cincang
  • Sosej/ isi ayam / daging kisar
  • Jejari ketam (kalau ada/ suka)
  • Serbuk kari 1 sudu besar
  • Sos pasta 4 sudu besar
  • Telur 6/7 biji bergantung saiz
  • Garam
  • Gula
  • Chees untuk toping

Cara Masak

  1. Rebus kentang dan lobak
  2. Rebus maggi sehingga kembang dan toskan. Asingkan terlebih dahulu
  3. Tumis bawang putih
  4. Masuk serbuk kari, sos pasta dan perencah maggi.
  5. Masuk setengah cawan air dan kacau
  6. Masukkan sosej/ isi ayam / daging kisar.. Pilih sahaja pilihan ini
  7. Masuk bahan direbus termasuk bawang dan cendawan.
  8. Biar masak seketika.
  9. Boleh kacau sekali dlm kuali
  10. Masukkan dalam loyang pembakar
  11. Tuang telur yg telah siap dipukul (Kalau rajin layerkan maggi dulu pastu buh bahan.. buat 3 lapis dan Baru tuangkan telur)
  12. Hias sikit ikut suka dan tabur chees.
  13. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180०C
  14. Dah siap boleh dihidangkan. SIAP!

Post a Comment

Previous Post Next Post