Adakah Berlaku Lockdown Di Simpang Renggam, Johor?

Pada 26 Mac 2020, Kerajaan telah mengeluarkan arahan baru yang katanya arahan Lockdown di Simpang Renggam, Kluang Johor kerana kes yang naik mendadak disana.

Adakah Berlaku Lockdown Di Simpang Renggam, Johor?

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dimana satu perintah baru telah dibuat iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikeluarkan hanya untuk beberapa kawasan sahaja.

Jika sebelum ini, semua rakyat diarahkan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (KPK) sahaja di setiap pelusuk negara bermula 18 Mac hingga 14 April 2020. Arahan ini dibuat bagi mengekang dan memutuskan rantaian COVID-19 yang mungkin terkena pada orang lain.

Ternyata keadaan ini agak sukar dihentikan kerana masih terdapat lagi rakyat yang degil masih berada di luar rumah walaupun sudah diarahkan 'Stay At Home' dan hanya keluar jika mempunyai perkara yang penting sahaja.

Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Di Simpang Renggam, Johor

Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di daerah Keluang iaitu sebanyak 83 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 61 kes adalah dari Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Dato' Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Johor. Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order) di 2 kawasan tersebut.

PKPD melibatkan 3570 orang penduduk tempatan daripada 650 keluarga. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam 27 Mac 2020 hingga 9 April 2020.

Tujuan PKPD

Ianya dilaksanakan bagi membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar daripada kawasan tersebut.

Adakah Berlaku Lockdown Di Simpang Renggam, Johor?

Dengan pelaksanaan perintah ini:
  • Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan
  • Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kedua-dua kawasan ini sepanjang tempoh PKPD
  • Semua aktiviti perniagaan dihentikan
  • Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD
  • Semua laluan keluar masuk kawasan ditutup
  • Bagi memastikan pematuhan perintah ini, PDRM, ATM, APM dan RELA akan mengawal seluruh kawasan

Pray For Simpang Renggam

Diharap semua penduduk tempatan diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 07-773522 atau 07-7722434

Post a Comment

Previous Post Next Post