Senarai 10 Tempat Sediakan Makanan Halal Di Jepun

Jepun bukanlah negara Islam dan pastinya sedikit sukar untuk dapatkana tempat yang menyediakan makanan halal di Jepun. Tetapi sebenarnya dari tahun ke tahun Jepun sepertinya menjadi negara lebih mesra muslim.

Senarai 10 Tempat Sediakan Makanan Halal Di Jepun

Jika sebelum ini, ada dikongsikan bagaimana Jepun menginovasikan sebuah lori yang dijadikan surau bergerak bagi memudahkan orang Islam untuk solat. Selain itu, telah sediakan ruang solat di beberapa R&R di beberapa Lebuhraya dan sebagainya. Jadi tidak tertinggal juga dengan penyediaan makanan halal.

Jadi dengan itu, disini anda boleh jadikan rujukan senarai 10 tempat yang menyediakan makanan halal di Jepun.

10 Restoren Yang Menyediakan Makanan Halal Di Jepun

Disini akan disenaraikan 10 restoren halal yang anda boleh cuba bila tiba di Jepun. Jadi anda kene tahu dimana anda ingin travel dan bercuti. Ini kerana Jepun sangat luas dan banyak tempat-tempat menarik seperti Tokyo, Osaka, Nara, Kyoto dan banyak lagi.

#1 - Restoren Malaysia Boleh (Osaka)

Restoren Malaysia Boleh (Osaka)

Menu : Malaysian + Fusion Food

Restoren ini milik orang Jepun sendiri yang bernama Shingo. Beliau telah membuka restoren ini lebih 15 tahun dan beliau sangat sukakan masakan Malaysia. Lokasinya adalah disebelah Umeda Sky Building di Osaka

#2 - Chicken Man (Ueno, Tokyo)

Chicken Man (Ueno, Tokyo)

Menu : Various Chicken Recipe

Katanya kalau anda lalu disini, mereka akan gunakan trademark "Zizan makan sini" lagi-lagi kalau orang Malaysia. Mereka menyediakan ayam goreng panas-panas dan sedap dimakan. Ianya terletak di Ameyoko Market, Ueno

#3 - Coco Ichiban Ya Curry House (Akihabara, Tokyo)

Coco Ichiban Ya Curry House (Akihabara, Tokyo)

Menu : Japanese Curry

Ianya berada di dunia anime dan video games iaitu di Akihabara. Jadi kalau anda lapar selepas dah layan anime, shopping video games dan sebagainya disini, anda boleh singgah disini dan rasa Japanese Curry mereka. Ianya 100% halal.

#4 - La Toque (Narita Airport, Terminal 2)

La Toque (Narita Airport, Terminal 2)

Menu : Japanese Curry

Di airport juga sebenarnya ada restoren halal yang anda boleh isi perut ketika tunggu penerbangan pulang. Katanya portion yang diberi besar dan boleh makan sehingga 3 orang kalau mengikut pengalaman perkongsian daripada orang ramai. Pukul 8 pagi dah buka pun.

#5 - Ayam-Ya (Osaka / Ueno / Kyoto)

Ayam-Ya (Osaka / Ueno / Kyoto)

Menu : Halal Ramen

Dah sampai Jepun, mestilah rasa makanan terkenal di sana iaitu Ramen. Tetapi bukan semua yang halal tau. Jadi anda cari je restoren Ayam-Ya ni. Jika di Ueno ianya terletak berdekatan masjid As Salam. Sedap!

#6 - Narita-Ya (Asakusa / Gion / Osaka City)

Narita-Ya

Menu : Halal Ramen

Selain daripada Ayam-Ya, Narita-Ya juga menyediakan ramen halal. Jika di Tokyo, anda boleh cari di kawasan Sensoji Temple Asakusa dan di Gion geisha town Kyoto. Disini juga disediakan surau untuk anda menunaikan solat. Senang kan.

#7 - Malayschan (Ikebukuro, Tokyo)

Malayschan (Ikebukuro, Tokyo)

Menu : Makanan Malaysia

Katanya, pemilik restoren ini adalah seorang makcik yang pernah tinggal di Malaysia selama 15 tahun. Ramai pelajar Malaysia yang belajar di Jepun buat part time di restoren ini. Lokasi restoren ini di bahagian west gate ikebukuro dalam 10 minit jalan kaki dari stesen.

#8 - Hanasaka Jiisan (Shibuya, Tokyo)

Hanasaka Jiisan (Shibuya, Tokyo)

Menu : Halal Shabu Shabu (Japanese Steamboat)

Katanya restoren ini sedikit tersorok dan agak susah untuk cari. Jadi anda kene berusaha sikit. Daging yang digunakan dalam kualiti yang terbaik dan walaupun sedikit mahal tetapi berbaloi. Ramai yang sanggup heret kaki untuk datang disini.

#9 - PY Halal Kitchen (Nara)

PY Halal Kitchen (Nara)

Menu : Indian, Turkish, Japanese Food

Bandar yang terkenal dengan rusa liar di Jepun iaitu Nara. Lokasi restoren ini berdekatan dengan Nara Deer Park dan Kintetsu Nara Station. Restoren ini juga menyediakan surau.

#10 - Sushi-Ken (Asakusa, Tokyo)

Menu : Halal Sushi

Sampai di Jepun juga tak sah kalau tak cuba sushi. Disini kene ingat, bukan semua suhsi halal yang mana mungkin dicampur dengan alcohol. Jadi di Sushi-Ken ini menyediakan halal sushi. Jadi anda boleh cuba. Restoran ini terletak berdekatan Sensoji Temple.

Sushi-Ken (Asakusa, Tokyo)

Jadi itulah antara 10 restoren yang menyediakan makanal halal di Jepun. Sebenarnya banyak lagi tempat dan restoren yang menyediakan makanan halal. Anda boleh lihat senarai lain di facebook Sushi Travel - Trip Halal Jepun. Jadi kepada yang tengah plan untuk travel ke Jepun. Kene la tengok senarai restoren halal di Jepun ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post