Jepun Mula Sediakan Tempat Solat Di Beberapa Lebuhraya Di Sana

Jepun pasti terkenal dengan teknologi dan negara maju. Selain daripada itu, Jepun juga merupakan antara destinasi pelancongan yang kerap didatangi oleh pelancong di seluruh dunia termasuk jugalah rakyat Malaysia. Disana juga tidak kira agama, anda boleh datang dan bercuti disana. Tiada sekatan, tetapi mungkin fasiliti mesrta muslim itu kurang kerana Jepun bukanlah negara Islam.

Tetapi sebenarnya, walaupun Jepun bukan negara Islam tetapi di dalam kehidupan harian mereka sebenarnya ada ciri Islam didalamnya seperti hormat menghormati, menjaga kebersihan dan sebagainya. Kalau sebelum ini pernah viral, sampai bela ikan dalam longkang. Punyalah bersihkan.

Walau demikian, untuk anda dapatkan makanan halal atau tempat solat ianya ada tetapi anda perlu mencari. Dengan adanya internet sekarang ini, pelbagai kemudahan boleh diakses dihujung jari pun. Jadi tak perlu risau lagi sebenarnya.

Jepun Mula Sediakan Tempat Solat Di Beberapa Lebuhraya Di Sana

Tambahan lagi, selepas ini, nampaknya Jepun kearah lebih mesra Muslim. Ini kerana ada dalam sebuah video yang menunjukkan dimana pihak Kerajaan Jepun kini mula sediakan tempat solat di beberapa lebuhraya di Jepun. Kalau anda mungkin memandu di sana kelak, kini anda tidak perlu risau lagi jika ingin melakukan solat.

Jepun Sediakan Prayer Room Di Beberapa Lebuhraya

Kenyataan ini diambil daripada perkongsian video di Twitter daripada empunya akaun iaitu @asfaiznism dimana beliau kongsikan sebuah video dokumentari yang menunjukkan Japanese sedang menyiarkan kawasan bagi prayer room di hentian rehat di Lebuhraya.


Menurut asfaiznism setakat ini Prayer room boleh mula digunakan di highway antara Nagoya dan Tokyo. Belum ada perancangan buat semua highway. Kemudahan ini sedang dalam dipertimbangkan untuk diperluas ke lebuh raya utama lain.

Jika perkara ini terus diperluas, pastinya Jepun akan terus disegani dan dihormati terutamnya daripada negara Islam. Makin ramailah yang ingin bercuti ke Jepun selepas ini. Sedikit sebanyak perkara mesra Muslim ini akan terus berkembang dan disediakan kepada kita.

Kita sebagai orang Islam pula, janganlah rosakkan atau kotorkan segala fasiliti yang disediakan. Mana air yang melimpah atau membasahi lantai, tolong keringkan semula. Jadi dibiarkan sehingga menjadi kotor. Tunjukkan juga, Muslim sangat menitik beratkan kebersihan kerana ianya adalah syarat kepada sesebuah ibadah.

Post a Comment

Previous Post Next Post