Rakyat Malaysia Pertama Disahkan Terkena Jangkitan Novel CoronaVirus

Rakyat Malaysia Pertama Disahkan Terkena Jangkitan Novel CoronaVirus

Sebentar tadi, pihak KKM memberitahu dimana rakyat Malaysia pertama disahkan terkena jangkitan Novel CoconaVirus. Dalam kenyataan media tersebut, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan juga dimana 2 lagi kes terbaru mengenai 2019-nCoV ini iaitu seorang warga China dan seorang Warga Malaysia.

Dalam kenyataan itu juga, KKM memberitahu seorang lelaki warga China berumur 63 tahun yang berasal daripada Wuhan, China dan telah tiba di KLIA sejak 18 Januari 2020 yang lepas. Pada 23 Januari 2020 selepas itu, beliau telah mengalami demam ringan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Swasta di Kuala Lumpur.

Dengan itu, laporan tentang kesihatan beliau terus dilaporkan kepada KKM dan beliau telah diletakkan di bawah Perinta Pengawasan dan Pemantauan (home surveillance) untuk tempoh 14 hari. Selepas itu, pada 3 Februari 2020 barulah beliau disahkan terkena jangkitan Novel CoronaVirus (2019-nCoV) dan terus dimasukkan kedalam wad isolasi dan dalam keadaan stabil.

Ujian Positif Novel CoronaVirus Pada Rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia Pertama Disahkan Terkena Jangkitan Novel CoronaVirus

Selain itu, kenyataan media itu juga telah memberitahu seorang rakyat Malaysia, lelaki berumur 41 tahun telah pun disahkan positif 2019-nCoV pada 3 Februari 2020. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara jiran dari 16 hingga 23 Januari 2020, bagi menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri oleh beberapa delegasi antarabangsa termasuk negera China.

Beliau telah pulang ke Malaysia pada 23 Januari 2020. Pada 29 Januari 2020, beliau telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor kerana demam dan batuk. Selanjutnya beliau telah dirujuk ke Hospital Sg Buloh pada 2 Februari 2020 dan dimasukkan ke wad isolasi. Beliau telah disahkan positif 2019-nCoV pada 3 Februari 2020 dan kini kes berada dalam keadaan stabil.

Susulan dengan itu, KKM telah berhubung dengan negara jiran bagi aktiviti contact tracing.

Rakyat Malaysia Pertama Disahkan Terkena Jangkitan Novel CoronaVirus

Bilangan Kes Novel CoronaVirus, 2019-nCoV di Malaysia setakat ini

Dengan pertambahan 2 kes pada 3 Februari 2020, keseluruhan kes yang disahkan positif 2019-nCoV di Malaysia adalah sebanyak 10 kes (9 warga China dan seorang warga Malaysia).

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini dan akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan

Post a Comment

Previous Post Next Post