Hukum Dan Cara Transgender Melakukan Ibadah Umrah Di Mekah

Hukum Dan Cara Transgender Melakukan Ibadah Umrah Di Mekah

Sebenarnya apakah hukum dan bagaimana cara transgender melakukan ibadah umrah di Mekah? Adakah ianya sama sahaja dengan orang lain? Ini kerana jantina daripada segi fizikalnya pastinya berubah. Yang kalau daripada lelaki menjadi perempuan, pastinya ada beberapa bahagian yang perlu ditutup dan jantina sebaliknya.

Perkara ini ditimbulkan selepas sebelum ini, media internet khsusnya heboh dimana Sajjat telah pergi ke Mekah dan melakukan Umrah. Tetapi sehingga hari ini sebenarnya masih dalam persoalan, Sajjat ini adakah seorang lelaki, perempuan ataupun khunsa?

Jadi persoalan ini telah dijawab dengan baik dan teratur oleh Mufti Wilayah, SS Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman facebook rasminya. Dalam perkongsian tersebut, Mufti menerangkan bagaimana cara yang sepatutnya seorang transgender melakukan ibadah umrah mengikut jantina.

Cara Transgender Melakukan Ibadah Umrah\

Dalam contoh situasi ini, Dato Mufti menasihati Muhammad Sajjat khususnya dan kesemua golongan trangender amnya. Jadi dalam kes Sajjat ini, beliau telah mendapatkan kepastian daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengenai status jantina Sajjat. Mengikut laporan daripada JPN, Sajjat adalah lelaki iaitu segala maklumat yang ditulis pada daftar kad pengenalan penama.

Hukum Dan Cara Transgender Melakukan Ibadah Umrah Di Mekah

Hukum Transgender Melakukan Umrah

Wajib bagi seorang transgender (mukhannas) menunaikan umrah dengan jantina asalnya. Walaupun umrahnya sah jika mematuhi rukun umrah, perbuatannya tetap haram dan dikira berdosa. Malah, dia boleh dikenakan dam kerana melanggar wajib umrah. Masalah ini disebut oleh para fuqaha sebagai infikak al-jihah (hukum yang terpecah kepada beberapa bahagian).

Ini juga bertepatan dengan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke 28 Musim Haji 1433H pada kertas kerja bertajuk Khunsa Dan Mukhannas Dalam Permasalahan Ibadat Haji. Muzakarah menyimpulkan bahawa bagi mukhannas semulajadi atau yang disengajakan, telah melakukan pembedahan tukar jantina atau tidak dan kes menukar jantina dengan melakukan pembedahan bukan disebabkan keharusan syarak, maka hukum individu tersebut termasuk ibadat haji dan umrah hendaklah mengikut hukum asal kejadian dirinya. Dalam konteks isu ini, Muhammad Sajjad wajib secara syarak sebagaimana yang termaktub dalam al-Qur’an dan Hadith untuk beribadah dan berpakaian seperti lelaki.

Hukum Dan Cara Transgender Melakukan Ibadah Umrah Di Mekah

Hormatilah Negara dan Undang-Undang Kita

Sedikit sebanyak, pastinya kejadian ini akan memberi impak negatif terhadap Islam itu sendiri dan juga negara Malaysia. Seluruh dunia Islam menghormati Malaysia kerana pengurusan haji dan umrah yang amat sistematik. Imej Malaysia sebagai negara yang disegani dari sudut pengurusan haji dan umrah perlulah terus dipelihara. Sebarang tindakan yang dilakukan oleh jemaah haji dan umrah, boleh memberi impak kepada hubungan baik dan kerjasama Malaysia – Arab Saudi. Oleh itu, jangan sesekali menyebabkan tercetusnya sangkaan yang buruk kepada Malaysia.

Diharapkan kepada golongan trangender yang ingin menunaikan umrah, pergi lah dan beribadahlah mengikut jantina asal anda. Ini masa dengan acara-acara ibadat seperti berikut:
  • Banyakkan bertaubat dan beristighfar
  • Banyakkan berselawat ke atas Nabi SAW
  • Banyakkan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi


Post a Comment

Previous Post Next Post