Cara Daftar Dan Guna Astro GO Terbaru 2020

Cara Daftar Dan Guna Astro GO Terbaru 2020

Sekarang, Astro sangat menggalakan penggunnya menggunakan Astro GO dimana anda boleh tonton siaran Astro dimana-mana sahaja dengan menggunakan komputer dan smartphone anda. Justeru itu, anda perlu mendaftar terlebih dahulu, jadi lihat sini cara daftar dan guna Astro GO terbaru bagi tahun 2020.

Siaran Astro yang anda langgan ketika ini, anda boleh tonton dengan pelbagai cara sama ada di televisyen, di smartphone, tablet, komputer atau di laptop. Selain di TV, pastikan anda ada sambungan internet, anda boleh tonton Astro melalui Astro GO.

Secara ringkasnya, Astro GO adalah komplimentari untuk semua pelanggan Astro sahaja bagi menonton on demand serta saluran-saluran kegemaran mereka pada peranti mudah alih (smartphone dan table) serta komputer, pada bila-bila masa atau di mana sahaja mereka berada. (yang penting ada Internet)

Cara Daftar Dan Guna Astro GO Terbaru 2020

Cara Daftar Astro GO

Anda boleh daftar Astro GO sama ada melalui komputer atau melalui aplikasi Astro Go di peranti mudah alih anda. Cara atau step nya sama sahaja, disini hanya ditunjukkan cara bagaimana daftar Astro GO menggunakan komputer dan website Astro GO.

Muat Turun Aplikasi Astro GO

atau layari laman web astrogo.astro.com.my

 Langkah 1 
Untuk pemula, anda perlu tekan bahagian Don't have an Astro ID? Click here

Cara Daftar Dan Guna Astro GO Terbaru 2020

 Langkah 2 
Masukkan account atau smartcard number :
account number - boleh dapatkan melalui bil Astro atau call sahaja pihak Astro
smartcard number - dapatkan di smartcard di decorder anda

Kemudian masukkan No MyKad owner kepada Astro tersebut. Pastikan No MyKad tersebut adalah pemilik no akaun Astro tersebut. Kemudian barulah masukkan butiran peribadi yang berkaitan dan barulah anda boleh akses Astro GO. 

Cara Daftar Dan Guna Astro GO Terbaru 2020

Dah Settle! Kini anda sudah boleh akses Astro GO dimana-mana dan bila-bila masa sahaja.

Berapa peranti boleh buka Astro GO serentak?
  1. Anda boleh akses Astro GO sehingga 4 peranti secara serentak dengan menggunakan 1 Astro ID (No akaun atau No Smartcard)
  2. Manakala bagi filem Pay-per-view serta siri TV (contoh Astro First, Astro Best & filem-filem berbayar terpilih), pelanggan boleh menonton dengan 2 peranti pada masa yang sama sahaja.


Cara Menggunakan Astro GO

Pada bahagian Home, anda boleh akses Channel Guide, TV For You, On Demand, Live Events, Now On TV dan sebagainya

Channel Guide - Anda boleh dapatkan jadual setiap siaran yang ada di Astro tetapi anda hanya boleh akses saluran yang anda langgan sahaja. Anda tidak langgan, tak boleh tengok. Sama seperti di TV juga. On Demand - Sama seperti di TV, anda boleh akses beberapa rancangan yang disediakan secara percuma dan berbayar.

Cara Daftar Dan Guna Astro GO Terbaru 2020

Pada bahagian tab, disediakan lagi pelbagai program yang diasingkan mengikut kategori seperti Catch Up, Boxsets, Movies, Kids, Store, Sports dan sebagainya. 
  1. Bahagian On Demand, disediakan rancangan percuma dan berbayar. Jika anda ingin dapatkan rancangan berbayar, anda harus purchase melalui Astro decoder (di TV) dan barulah anda boleh akses rancangan tersebut. 
  2. Store (Astro Best, Astro First). Dibahagian ini Astro ada sediakan beberapa filem yang anda boleh Sewa dengan harga yang telah ditetapkan. Anda boleh tempat melalui aplikasi Astro GO terus sahaja. 
  3. Di Astro GO juga, anda boleh Record rancangan yang anda ingin lihat di kemudian hari sama seperti di TV. Kesemua recording tersebut akan disimpan dibahagian My Library. (Anda boleh record sehingga 200 jam (500GB). Semuanya disimpan di Astro Cloud dan bukannya di dalam phone anda. 

Segala maklumat yang dikongsikan ini sama sahaja sama ada melalui website Astro GO (komputer) atau melalui aplikasi Astro GO (smartphone dan tablet)

Jadi jika anda sudah boleh akses Astro GO, tiada lagi masalah untuk anda tonton rancangan kegemaran anda dimana-mana dan bila-bila masa sahaja. Keluarga anda tonton rancangan kegemaran mereka di TV, anda tonton rancangan kegemaran di smartphone.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended