2 Pemenang Daripada Malaysia Memenangi #GoProMillionDollarChallenge

2 Pemenang Daripada Malaysia Memenangi #GoProMillionDollarChallenge

Siapa sangkakan dariapda 42,000 video yang bertanding, 2 klip video yang memenangi dalam acara #GoProMillionDollarChallenge adalah dari rakyat Malaysia. Video mereka telah berjaya terpilih di dalam pertandingan itu yang telah dianjurkan oleh pihak Go Pro Global sendiri.

Pemenang dari Malaysia tersebut adalah saudara Baki Zainal dan Jia Wai Chong. Kedua-dua mereka telah menyahut cabarang Go Pro dalam #GoProMillionDollarChallenge sebelum ini yang telah dianjurkan oleh Go Pro.

Baca Juga : Taman Tema MAPS, Perak Kini Ditutup Berkuat Kuasa Hari Ini

Pemenang Dari Malaysia Berjaya Dalam #GoProMillionDollarChallenge

Cabaran ini telah diadakan oleh Go Pro pada Oktober 2019 yang lepas. Mereka harus menghantar klip video atau gambar kepada pihak Go Pro bagi menyertai cabaran yang dinamakan HERO8 Black + MAX Million Dollar Challenge. Ianya terbuka kepada 1 dunia termasuklah Malaysia. Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke pautan Go Pro Challenge disini

Daripada 42,000 video, Go Pro telah memilih 56 Klip Video daripada 45 pencipta video tersebut untuk dimuatkan di dalam sebuah video akhir yang berdurasi 2 minit sahaja. Dengan jumlah keseluruhan klip yang mereka terima, tempoh seluruhnya adalah selama lebih 350 jam. 

Hadiah yang mereka terima adalah sebanyak USD 1 Juta dan dikongsi bersama 45 creator lain. Seorang menerima USD22,222. Di dalam 45 pencipta video tersebut, terselitlah 2 anak Malaysia iaitu Baki Zainal dan Jia Wai Chong dan rezeki mereka menerima lebih kurang RM90,000 seorang.

Klip Video Daripada Creator Malaysia

Klip video yang dihantar kepada pihak Go Pro bagi creator Jia Wai Chong adalah seperti dibawah
Klip video yang dihantar kepada pihak Go Pro bagi creator Baki Zainal adalah seperti dibawah


Menerusi 2 klip video ini lah, video mereka berjaya terpilih di dalam cabaran yang dianjurkan oleh Go Pro dan bawa balik USD 22,222 tiap-tiap seorang.

Video Akhir Daripada Go Pro Sempena #GoProMillionDollarChallenge

Jom kita tengok pula himpunan klip video yang berjaya terpilih dalam HERO8 Black + MAX Million Dollar Challenge

Klip video mereka adalah yang ke-17 dan yang ke-33 di dalam video ini


Baki Zainal, Malaysia, @bakizainal
Jia Wai Chong, Malaysia, @jiawaiii

Post a Comment

Previous Post Next Post