Taman Tema MAPS, Perak Kini Ditutup Berkuat Kuasa Hari Ini

Taman Tema MAPS, Perak Kini Ditutup Berkuat Kuasa Hari Ini

MAPS atau Movie Animation Park Studios merupakan taman tema yang menfokuskan kepada tema filem animasi yang bertapak di Ipoh, Perak kini di tutup berkuatkuasa hari ini (28 Januari 2020). Siapa sangka pembukaan yang dibuat pada 2017 yang lepas dan selepas 3 tahun, akhinya ianya tamat beroperasi.

Sebenarnya pembukaan MAPS ini pada awalnya pada tahun 2015 tetapi terpaksa ditangguhkan sehingga tahun 2017. Dengan hanya berumur 3 tahun, ianya seperti tidak dapat menangguna kos operasi untuk memberi hiburan kepada seluruh penduduk Perak khususnya dan semua rakyat Malaysia secara amnya.

Taman Tema MAPS Kini Ditutup

Adakah penutupan ini adalah sementara atau tutup terus? Masih dalam persoalan. Diharapnya penutupan ini adalah sementara sahaja. Jika dlihat pada awal Januari 2020 yang lepas, pihak MAPS melalui akaun facebook rasminya telah umumkan waktu operasinya yang baru.

Selain itu juga, mereka juga telah mengumumkan Free Entry kepada mereka yang berminat untuk merasai pengalaman berada di dalam Movie Animation Park Studios (MAPS) ini. Juga diperkenalkan system ePay jika anda ingin bermain mana-mana permainan berbayar di sana.



Tiba-tiba hari ini, ianya diumumkan penutupan sehingga diberitahu. Diharapkan kepada pihak pengurusan MAPS yang dikelola oleh kerajaan Negeri Perak dapat membuat sesuatu terhadap taman tema kebanggaan Perak ini. Di harap juga, jika ianya masih beroperasi, buat lah pengiklanan atau marketing yang lebih berkesan. Mungkin sebenarnya ramai lagi tak tahu akan kewujudan MAPS ini.

Semoga MAPS kembali mampu bersaing dengan taman tema yang lain yang berada di Malaysia hatta dunia sekali pun. Bangkitlah kembali MAPS, jangan NAPS.

Post a Comment

Previous Post Next Post