Panduan Lengkap Permohonan Baru Dan Kemaskini BSH Bermula 1 Februari 2020

Panduan Lengkap Permohonan Baru Dan Kemaskini BSH Bermula 1 Februari 2020

Bermula pada 1 Februari 2020, anda boleh membuat Permohonan Baru dan kemaskini BSH. Kita sedia maklum, pembayaran bagi Fasa 1 Bantuan Sara Hidup (BSH) telah dibuat pada 20 Januari 2020 yang lepas.

Sehubungan dengan itu, jika anda tidak lagi mempunyai akaun BSH atau ingin membuat kemaskini, anda boleh berbuat demikian selepas tarikh dibuka iaitu pada Februari ini. Ikuti langkah dan panduan lengkap Permohonan Baru dan Kemaskini BSH 2020 seperti dibawah

Permohonan Baru Dan Kemaskini BSH 2020



Anda boleh membuat permohonan baru dan kemaskini BSH anda bermula 1 Februari hingga 15 Mac 2020.

Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu atau Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
  1. Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
  2. Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
    1. Elaun Pekerja Cacat
    2. Bantuan Penjagaan OKU
    3. Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
    4. Bantuan Orang Tua

Manakala bagi anda atau pemohona yang mempunyai kriteria dibawah, anda perlu membuat Permohonan Baru atau Kemaskini BSH 2020 dan antaranya adalah :
  • Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
  • Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
  • Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020

Cara Membuat Permohonan Baru Dan Kemaskini BSH 2020

Panduan Lengkap Permohonan Baru Dan Kemaskini BSH Bermula 1 Februari 2020

Permohonan Baru BSH 2020 boleh dibuat dengan 2 cara iaitu sama ada secara manual iaitu pergi ke kaunter LHDN atau melalui online sahaja. Untuk menjadikannya lebih mudah, anda boleh mohon melalui Online dengan layari pautan ini bsh.hasil.gov.my 

Untuk panduan lengkap bagi membuat permohonan baru Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi tahun 2020, anda boleh muat turun panduan di pautan ini

Manakala bagi kemaskini, anda perlu pastikan maklumat seperti dibawah ini merupakan maklumat terbaru. Antaranya adalah :
  • Status perkahwinan terkini
  • Alamat surat menyurat
  • Emel yang aktif digunakan
  • Nombot telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat nombor akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Jika terdapat sebarang kemusykilan dan persoalan, anda boleh terus hubungi Online BSH LHDNM 1-800-88-2747 atau emel kepada bsh@treasury.gov.my

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended