Nasihat Yang Terkandung Disebalik Lirik Lagu Terbaru Dato' Sri Siti Nurhaliza, 7 Nasihat

Pada 20.2.2020 baru-baru ini penyanyi no 1 negara, Dato Sri Siti Nurhaliza telah memperkenalkan masterpiece terbaru bertajuk 7 nasihat. Lagu tersebut diperkenalkan secara rasmi di Youtube beliau sendiri Siti Official Video

Nasihat Yang Terkandung Disebalik Lirik Lagu Terbaru Dato' Sri Siti Nurhaliza, 7 Nasihat
Selepas Anta Permana yang telah meraih tempat ke-3 dalam Anugerah Juara Lagu 2020 baru-baru ini, penyanyi yang biasa digelar Tokti itu terus mengorak langkah dengan mengeluarkan single seterusnya. Lagu kali ini sedikit berbeza dengan sebelum-sebelum ini kerana ia genre rap tetapi bukanlah terbaru daripada penyanyi tersebut.

Ini merupakan lagu rap kedua daripada Siti Nurhaliza selepas pernah berkolaborasi bersama Too Phat pada tahun 2005 dengan lagu Dua Dunia. Kali ini beliau telah nyanyi rapper baru iaitu Kmy Kmo & Luca Sickta yang juga merupakan komposer dan pengubal lirik bagi lagu ini

Lagu : 7 Nasihat
Penyanyi :  Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta
Komposer : Kmy Kmo, Luca Sickta (Luncai Emas (M) Sdn Bhd)
Lirik : Kmy Kmo, Luca Sickta (Luncai Emas (M) Sdn Bhd)

Nasihat-Nasihat Yang Terkandung Di Dalam Lagu 7 Nasihat

Nasihat yang disampaikan ada di dalam bait-bait lirik pada lagu 7 nasihat ini. 6 daripadanya dilontarkan oleh Kmy Kmo dan Luca Sickta manakala 1 nasihat dilontarkan oleh Siti Nurhaliza sendiri. Jadi disini disertakan 7 nasihat tersebut.

#1. Nak Berjaya Jangan Sombong

#2. Dahulukan Hormat

#3. Jaga Lidah Dan Tulisan

#4. Jangan Lupa Diri

#5. Bersihkan Hati

#6. Berbaik Budi Sesama Kita

#7. Ingat Pesan Yang Tua



Nak jadi orang #7Nasihat bawa peluang, nak jadi manusia #7Nasihat bawa kenal dunia. alert-success


Nasihat Yang Terkandung Disebalik Lirik Lagu Terbaru Dato' Sri Siti Nurhaliza, 7 Nasihat

Lirik Lagu 7 Nasihat - Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta


[DATO' SITI NURHALIZA]
Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau

(Pre Chorus)
[DATO' SITI NURHALIZA / KMY KMO / LUCA SICKTA]
Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)

(Verse 1)
[DATO' SITI NURHALIZA]
Nak dilenturnya buluh, biar dari rebungnya
Kelak pasti mereka, kan terjaga akhlaknya
Nak dibentukkan tubuh, bukan dari benkungnya
Susun atur mereka, sebelum kenal dunia

Habis main di tanah,
sebelum senja ke rumah,
Takut nanti tersalah,
bawa pulang masalah
Tak endah yang sekarang,
cakap jangan sebarang
Elok awal di larang, 
untuk kau jadi orang

[DATO' SITI NURHALIZA / KMY KMO / LUCA SICKTA]

Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)

[LUCA SICKTA]
Ya, satu 
Hendak berjaya mendada jangan
Pastikan jika malu bertanya sesat jalan 
Biar lapar sehari asalkan kenyang bertahun
Biar berkerut dahi asahkan minda beralun

[KMY KMO]
Kedua
Semua nasihat cam petua
Ketua perlu jua 
nak sihat sampai tua
Masuk semua benua, 
pelusuk dalam luar
Hormat tanpa bersua, 
walau darjah sempoa

[LUCA SICKTA]
Tiga,
Lain liga lain cara
Elak geliga dalam rasa media massa
Dahulu kerna lidah badan kan binasa
Sekarang kerna mata jemari berbicara

[KMY KMO]
Cara bicara yang keempat
Semua telinga harus peka
Nenek moyang yang nasihat 
Majoriti ramai leka, terlena 
Dibuai mimpi dek dunia cereka
Hanyut dihempas ombak tinggi gah lupa mereka

[LUCA SICKTA]
Lima
Usah dikira kanan kiri
Cermin untuk diri kerna hidup tiada siri
Kerna hidup tiada sisi
Bila hati mula hitam 
Lupakan kisah silam
Nilam usah disiram

[KMY KMO]
Kusiram yang keenam
Biar mekar dalam hati
Ingati putus urat dan tenaga urat besi
Korbannya bukan calang
Tak hilang dimakan hari
Bajakan jasa-jasa mereka dengan budi-budi

[DATO' SITI NURHALIZA]
Anak pipit jangan tak di hirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau

[DATO' SITI NURHALIZA / KMY KMO / LUCA SICKTA]

Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended