Tahniah Sophia Liana & Budak Ngam Menjuarai Dansa Dan Sing Musim Pertama 2020

Tahniah Sophia Liana & Budak Ngam Menjuarai Dansa Dan Sing Musim Pertama 2020

Selepas mengharungi 8 minggu, akhirnya Sophia Liana & Budak Ngam diumumkan sebagai pemenang Dansa Dan Sing musim pertama bagi tahun 2020. Dansa Dan Sing merupakan sebuah rancangan realiti terbaharu anjuran Astro yang menampilkan elemen seni tari dan nyanyian dalam sebuah program yang berkonsepkan pertandingan.

Dansa Dan Sing telah disertai oleh 10 peserta iaitu seorang penyanyi bersama-sama 4 orang penari yang sentiasa bersama setiap minggu. Ianya dimeriahkan lagi dengan Hady Mirza dan Sherry Alhadad sebagai pengacara yang sentiasa menceriakan hari minggu anda.

Setiap minggu mereka akan di adili oleh 2 juri tetapi iaitu Linda Jasmine dan Dato Rizalman beserta juri jemputan orang berlainan setiap minggu. Pertandingan ini menggunakan 30% daripada markah undian orang ramai dan 70% datang daripada juri tetap. Untuk minggu akhir ini, Datuk AC Mizal dan Han-Byul telah dijemput bagi menjadi juri jemputan

Untuk minggu terakhir, hanya 6 peserta yang berjaya sampai dan kali ini mereka mempersembahan 3 tugasan termasuk tugasanbattle. Nampaknya mereka telah memberikan persembahan yang terbaik sehinggalah pusingan akhir ini.

Senarai pemenang bagi program Dansa Dan Sing 2020

Juara

Sophia Liana & Budak Ngam

Sophia Liana & Budak Ngam


Naib Juara

Chubb-e & Zeppo Youngsterz Crew

Chubb-e & Zeppo Youngsterz Crew


Tempat Ke-3

Shiha Zikir & Team Squad

Shiha Zikir & Team Squad


Tempat Ke-4

Wani Kayrie & DeLitz

Wani Kayrie & DeLitz


Tempat Ke-5

W.A.R.I.S & Alamak

W.A.R.I.S & Alamak

Tempat Ke-6

Raja Syahiran & 2Twenty2 Squade

Raja Syahiran & 2Twenty2 Squade

Post a Comment

Previous Post Next Post