Tips Nak Beli Harga Tiket Flight Murah Sebelum Travel

Tips Nak Beli Harga Tiket Flight Murah

Tahun baru 2020, anda dah plan untuk travel ke mana-mana tempat ke? Kalau sudah plan tapi belum beli tiket flight, mungkin anda boleh baca sini tips nak beli harga tiket flight murah. Mungkin cara ini dapat menjimatkan perbelanjaan anda bermula dengan tiket penerbangan untuk ke destinasi idaman bersama teman dan keluarga.

Tips ini mungkin berguna jika anda masih belum beli tiket flight dan sudah ada cadangan untuk pergi ke destinasi impian. Lagi pun sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 ni, mungkin anda boleh terbang dahulu di dalam negara untuk pergi ke destinasi yang lebih jauh seperti Sabah, Sarawak dan mungkin ada yang ingin melancong ke dalam negara Malaysia.

Jadi jom kita tengok 7 tips menarik nak beli harga tiket flight murah yang dikongsi asalnya daripada Ecoadventura

7 Tips Nak Beli Harga Tiket Flight Murah


#1 - Tempah Tiket Penerbangan Hari Selasa Dan Rabu

Mungkin tempahan tiket penerbangan, anda boleh buat pada hari selasa dan rabu. Ini kerana kebanyakan syarikat penerbangan akan tetapkan sistem tempahan pada hari selasa jam 7 malam. Kita biasanya tengok harga tiket flight pada hujung minggu kerana sedang bercuti kan.

Tips Nak Beli Harga Tiket Flight Murah Sebelum Travel

#2 - Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal

Berdasarkan pengalaman, anda kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh anda nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.

#3 - Hari Terbang Yang Sesuai

Kebiasaanya sistem tempahan akan sibuk pada hujung minggu jika dibandingkan dengan hari selasa dan rabu. Selain itu, lapangan terbang juga sibuk pada hujung minggu berbanding 2 hari tersebut. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Jadi buat tempahan tiket pada hari selasa atau rabu.

Tips Nak Beli Harga Tiket Flight Murah Sebelum Travel

#4 - Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa


Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, anda kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.

#5 - Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil

Anda boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau anda nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. Kemudian, dari Manchester anda naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!

Tips Nak Beli Harga Tiket Flight Murah Sebelum Travel

#6 - Buang ‘Cookies’

Ini biasa kita alami. Bila kita sudah masuk atau melawat laman web penerbangan tersebut, jika kita masuk sekali lagi, harga tiket tersebut tidak sama seperti anda melawatnya buat pertama kali. Adakalanya ianya bukan sama tetapi akan naik lebih mahal. Ini kerana terkandung cookies yang disimpan selama 30 hari sebelum itu. Jadi, amalkan tabiat padam cookies pada internet browser tersebut jika anda ingin membuat tempahan.


#7 - Bandingkan Harga

Perbandingan harga itu penting, kalau tidak macam mana nak dapatkan harga tiket termurah dan terbaik kan. Pergi mana-mana laman web 'trusted' untuk buat perbandingan, jangan tumpu hanya pada 1 laman web sahaja. Berikut antara laman web yang anda bolehg guna untuk buat perbandingan harga :

  1. Skyscanner
  2. CheapFlight
  3. Momondo
  4. Kayak
  5. Google Flight
  6. Ita Software



sumber : ecoadventura

Post a Comment

Previous Post Next Post