Selangor Memperkenalkan Harga Tiket Berbeza Mengikut Pasukan Lawan

Selangor Memperkenalkan Harga Tiket Berbeza Mengikut Pasukan Lawan

Selangor FA hari ini telah memperkenalkan sistem harga tiket berperingkat (Tiered) bagi musim 2020 Liga Malaysia. Dengan pengenalan ini, harga tiket akan berbeza mengikut pasukan lawan yang bakal ditentang oleh Selangor FA untuk musim 2020 yang akan datang.

Peringkat ini terbahagi kepada 2 (Tiered) iaitu Tier 1 dan Tier 2. Bagi kesemua perlawanan Tier 1 akan melibatkan pasukan-pasukan utama yang bersaing di dalam Liga Super dan Tier 2 pula selain daripada pasukan tersebut.


Harga Tiket Perlawanan Selangor 2020 Berbeza Mengikut Pasukan Lawan

Seperti penerangan di atas, harga ianya berbeza mengikut kumpulan Tier 1 dan Tier 2 dan semua perlawanan ini hanya ditetapkan di Home Game Selangor sahaja. Bagi Tier 1, harga tiket yang dikenakan adalah RM20 manakala Tier 2 pula harga tiket sebanyak RM15



Antara pasukan yang termasuk di dalam Tier 1 dan Tier 2 adalah seperti berikut :


TIER 1

  • Johor DT
  • Kedah
  • Perak
  • Pahang
  • Terengganu

TIER 2
  • UiTM FC
  • Melaka United
  • Felda
  • Sabah
  • PJ City FC


Perlawanan suku akhir & separuh akhir untuk Piala FA & Piala Malaysia juga akan dikira sebagai perlawanan Tier 1 dan dikenakan harga tiket sebanyak RM20. Harga tiket kanak-kanak (6-12 tahun) untuk kedua-dua perlawanan Tier 1 dan Tier 2 pada musim 2020 pula dikekalkan pada harga RM5.

Selangor juga mengggesa kepada kesemua penyokong setia Red Giants disarankan untuk mendapatkan pas bermusim 2020 yang bernilai serendah RM109 untuk menikmati penijmatan yang lebih banyak pada tahun 2020 ini.

Selangor Memperkenalkan Harga Tiket Berbeza Mengikut Pasukan Lawan

Pembelian pas bermusim akan ditutup pada 29 Februari ini dan jika anda berminat, anda boleh pergi ke pautan FASELANGOR ini.


Maklumat lanjut, layari laman web faselangor.my

Post a Comment

Previous Post Next Post