5 Doa Yang Boleh Diamalkan Ketika Menghadapi Wabak Dan Bencana

5 Doa Yang Boleh Diamalkan Ketika Menghadapi Wabak Dan Bencana

Kita, rakyat Malaysia khususnya sedia maklum dimana kini seluruh dunia sedang bertarung bagi menghadapi wabak Novel Corona Virus (2019-nCoV) yang kini sedang cepat merebak ke seluruh dunia. Ini merupakan virus yang baru ditemui dan dikhabarkan ianya berasal di sebuah wilayah Wuhan, China.

Jika dilihat daripada liveupdate yang disediakan di pautan gisanddata.maps, kini lebih 10 buah negara yang sudah menerima kes jangkitan Corona Virus ini termasuklah Malaysia. Setakat ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan 4 pesakit yang telah dijangkiti virus ini dan kesemua mereka adalah pelancong daripada China.

Wabak ini kini sedang menyerang negara China dan pembawa virus ini adalah daripada Manusia itu sendiri. Pihak KKM telah menasihatkan kesemua rakyat Malaysia sentiasa berjaga-jaga dan jaga kesihatat dan kebersihan ketika berada di luar rumah. Antara langkah penjagaan yang boleh dilakukan seperti :

  1. Memakai topeng muka (surgical face mask) ketika berada di luar rumah
  2. Basuh tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer
  3. Elakkan berada di pusat sembelihan
  4. Elakkan bersentuhan dengan orang yang mungkin mengalaman gejala corona virus
  5. Hindarilah daripada tempat yang sesak dengan orang ramai
  6. Batalkan hasrat untuk terbang ke China setakat ini jika tiada hal penting

Doa Yang Boleh Diamalkan Ketika Menghadapi Wabak

Selain daripada ikhtiar yang telah disenaraikan tadi, kita sebagai umat Islam juga berpegang teguh dengan keimanan dimana setiap kejadian adalah dengan kuasa tuhan. Allah yang memberi ujian ini dan Allah jugalah yang mampu menariknya semula. Jadi Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri ada kongsikan 5 doa yang boleh diamalkan ketika menghadapi wabak seperti corona virus atau bencana.

1. Doa Munajat 1


بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” 

Amalkan sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).”


5 Doa Yang Boleh Diamalkan Ketika Menghadapi Wabak Dan Bencana

2. Doa Munajat 2


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

(Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak[1], gila, kusta[2] dan penyakit-penyakit yang buruk)”.”


5 Doa Yang Boleh Diamalkan Ketika Menghadapi Wabak Dan Bencana

3. Doa Munajat 3


5 Doa Yang Boleh Diamalkan Ketika Menghadapi Wabak Dan Bencana

4. Doa Munajat 4


أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

(Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.” 


5 Doa Yang Boleh Diamalkan Ketika Menghadapi Wabak Dan Bencana

5. Doa Munajat 5


“اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

(Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat”. 


5 Doa Yang Boleh Diamalkan Ketika Menghadapi Wabak Dan Bencana

Amalkanlah setiap masa yang terluang supaya wabak ini akan hilang daripada Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post