Video Tular Katakan Iran Naikkan Bendera Tanda Untuk Berperang

Video Tular Katakan Iran Naikkan Bendera Tanda Untuk Berperang

Dalam beberapa hari ini kita dikejutkan dengan #WorldWar3 di Twitter terutamanya bila didapati berlakunya serangan di sebuah lapangan terbang di Baghdad sehingga mengorbankan komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Mejar Jeneral Qasem Soleimani.

Tidak reda lagi dengan isu tersebut, selang beberapa hari lagi, President Amerika Syarikat telah mengeluarkan Tweet di akaun rasmi beliau seolah memberi amaran kepada Iran supaya tidak membuat apa-apa tindakan terhadap Amerika, jika mereka ingin selamat.


Video Tular Bendera Merah. Adakah akan berperang? 

Tambah lagi berita panas, ada sebuah video tular di Twitter yang menunjukkan Iran sedang memasang bendera merah dan dinaikkan dipercayai di sebuah masjid di Iran.

Melalui Tweet daripada video tersebut, beliau @SiffatZahra memberitahu buat pertama kali bendera merah dinaikkan di atas kubah masjid Jamakaran, Qom Iran. Ianya menandakan peperangan akan bermula. Adakah ia maksudkan peperangan terhadap Amerika Syarikat?


Video tersebut sehingga kini telah mendapat lebih 16K Retweet dan 21.1 Likes serta lebih 2 juta tontonan di Twitter.

Selain daripada Tweet perang tersebut, ada juga rakyat Iran sendiri telah mengeluarkan Tweet yang memberitahu berkaitan bendera meraha tersebut. Beliau memberitahu, ianya adalah perkara biasa iaitu berkabung atas kematian Komender Tertinggi di Iran.

Video Tular Katakan Iran Naikkan Bendera Tanda Untuk Berperang


Rata-rata pengguna Twitter khususnya khuatir jika perkara ini betul-betul berlaku dan mungkin berlaku peperangan sehingga tercetusnya World War 3. Diharapkan sengketa antara Iran dan Amerika ini ditamatkan demi kesejahteraan rakyat bagi setiap negara dan juga am kepada seluruh penduduk dunia.


sumber : sinarharian

Post a Comment

Previous Post Next Post