Senarai Tempat Yang Anda Boleh Saksikan Sendiri Aurora

Anda bercadang untuk mencari tempat yang anda boleh saksikan sendiri Aurora di langit? Mungkin anda boleh dapatkan senarai lokasi tersebut disini.

Senarai Tempat Yang Anda Boleh Saksikan Sendiri Aurora

Aurora merupakan satu fenomena alam yang tiada ditempat lain. Hanya beberapa negara dan beberapa tempat sahaja yang anda boleh saksikan. Pelbagai warna anda dapat lihat jika magical Aurora ini 'berjoget' di langit.

'Once in a life time', itulah yang perlu anda terapkan jika anda betul-betul nak cari Aurora ini. Dapat tengok sekali dengan mata kepala sendiri pastinya akan memberikan lebih kepuasan. Selain travel atau bercuti menimba pengalaman di negara orang, cuba la aturkan sekali supaya pemburuan Aurora itu menjadi misi anda.

Jadi untuk ketahui dimana anda boleh dapat saksikan sendiri Aurora dilangit ini, suadara Mohd Fauzi Zakaria ada kongsikan di laman facebook miliknya. Ianya merupakan perkongsian daripada peribadi dan juga rujukan daripada sumber Internet juga. Jom kita tengok senarai tempat yang anda boleh saksikan sendiri Aurora

Senarai Tempat Boleh Saksikan Aurora

Ikuti 6 senarai tempat yang anda boleh saksikan Aurora berwarnai-warni 'berjoget' di langit

Senarai Tempat Yang Anda Boleh Saksikan Sendiri Aurora

#1. Iceland

Secara jujur, 2 kali saya berkunjung ke bumi Iceland, saya gagal untuk melihat cahaya Aurora dari daratan. Walaupun signal sangat kuat, awan tebal telah menutup keseluruhan langit. Uniknya, saya dapat melihat dengan terang cahaya aurora dari tingkap kapal terbang dalam penerbangan menuju ke kota London.

Iceland merupakan satu pulau, jadi cuaca di sana sangat tidak menentu. Apa yang boleh saya katakan, jika anda dapat lihat di bumi Iceland, nasib anda memang baik sebab gambar aurora anda pasti menjadi antara yang tercantik.

Kenapa tercantik?

Bayangkan gambar anda dengan aurora di langit yang berlatar belakangkan air terjun, geothermal hot spring dan juga lanskap volcano yang memukau.

#2. Fairbank, Alaska

Ianya terletak di dalam USA, satu kekangan utama ialah anda perlu memohon visa jika ingin ke sini. Alaska menjadi antara lokasi terbaik sebab di sini cuaca sangat sejuk, langit terang dan kepekatan malam menepati semua pakej ciri-ciri kewujudan cahaya Aurora.

Alhamdulillah, saya tak pernah sampai lagi, tapi team saya seramai 8 orang berpeluang saksikan sendiri pada bulan Ogos 2019 yang lepas.

#3. Canada

Canada juga antara lokasi paling cun untuk lihat aurora. Cuma, azab nak apply visa dia, Tuhan saje yang tahu. Rasanya lagi susah dari nak mohon visa US.

Lokasi paling tepat di Canada ialah di daerah Yellowknife di daerah Northwest Territories atau di area Yukon.

Senarai Tempat Yang Anda Boleh Saksikan Sendiri Aurora

#4. Norway

Ini antara negara favourite saya bila bercerita tentang aurora. Sejak 2015, setiap kali kunjungan saya dan team ke Norway, tidak pernah pulang hampa.

Pernah satu ketika, aurora menari-nari tanpa henti dari jam 6 petang hingga 3 pagi. Banyak lokasi di Norway untuk anda yang nak buru aurora ni.

Antaranya Tromso, Svalbard, Lofoten Island, Alta dan Andoya. Cuma setiap lokasi, kecantikannya berbeza-beza. Bergantung pada lanskap di lokasi tersebut.

#5. Finland

Ini juga satu lagi negara yang jarang mengecewakan saya dan team. Jika anda berkunjung dari September ke Mac, boleh dikatakan hampir setiap malam aurora akan memunculkan diri.

Dan, jika anda ada duit lebih, saya cadangkan anda menginap sekurang-kurangnya 1 malam di hotel igloo glass, sambil berbantalkan lengan dan berbumbungkan cahaya aurora di langit. Lokasi popular untuk igloo glass hotel ini di Rovaniemi dan Kakslauttanen

Senarai Tempat Yang Anda Boleh Saksikan Sendiri Aurora

#6. Sweden

Bercerita tentang cahaya aurora, Sweden antara negara yang tak patut anda pinggirkan. 2 lokasi utama untuk menunggu ketibaan aurora ialah di Abisko National Park dan Kiruna.

Pengalaman peribadi saya menaiki snowmobile membelah kepekatan malam di atas sungai yang membeku di taman negara Abisko dengan suhu sekitar -23℃ untuk menyaksikan dengan mata sendiri aurora menari di langit menjadi antara pengalaman unik sampai hari ini.

Dan di Kiruna, uniknya bandar ini terdapat satu hotel yang dibuat dengan ais, termasuk katil. Jadi, anda akan tidur di atas ais sepanjang malam dengan harga semalam mencecah RM4000. Tapi, jangan datang pada musim panas sebab hotel ini akan mencair dan dibina semula menjelang musim sejuk.

Kesimpulan

Jadi itulah antara 6 lokasi atau tempat yang anda boleh saksikan sendiri Aurora. Mungkin ada lagi lokasi yang tidak nyatakan, tapi berdasarkan pengalaman beliau dan team, ini 6 negara yang mereka sendiri telah merasai pengalaman melihat dengan mata sendiri.

Menarik bukan. Admin pun berharap once in a lifetime untuk melihat dengan mata sendiri bagaimana Aurora itu muncul dan menari-nari di langit.



Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended