Jom Tengok Sini Cara Tanam Bayam Brazil Dengan Mudah

Jom Tengok Sini Cara Tanam Bayam Brazil Dengan Mudah

Sekarang kalau tengok di media sosial, ramai yang mengatakan tentang Bayam Brazil. Selain itu kalau sekarang tanya makcik-makcik atau ibu kita sendiri, pastinya mereka tahu akan Bayam Brazil ini. Kenapa nama Brazil? Datang daripada Brazil ke? Ya! tanaman ini sememangnya berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Jadi guna je la nama tu kan

Selain berkhasiat dan dan amat baik untuk kesihatan manusia, sayuran ini juga sedap dimakan dan dimasak. Kebiasannya di Malaysia, mereka jadikan salad, masakan tumis, sup atau sayuran di dalam masakan barat. Tetapi di Brazil, mereka mengamalkan makan secara mentah bersama tomato, bawang putih dan cuka. Disebabkan ianya rangup, sesuailah dibuat ulam-ulamankan.

Jom Tengok Sini Cara Tanam Bayam Brazil Dengan Mudah

Katanya berkhasiat untuk manusia tadikan? Apa antara khasiat yang terkandung di dalam Bayam Brazil ini?

Khasiat Bayam Brazil

Antara khasiat yang terkandung di dalam Bayam Brazil adalah dapat melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan juga dapat menguatkan tulang. Selain itu, ianya juga sesuai bagi mereka ingin berdiet dan ingin menurunkan berat badan. Khasiat lain seperti :

  • meningkatkan sistem imunisasi badan
  • membantu sistem penghadaman
  • mengelakkan daripada sembelit
  • membantu melancarkan darah
  • mencegah anemia
  • mengatasi masalah gusi
  • nutrisi yang baik untuk pembesaran
  • mengekalkan stamina
  • mengekalkan kesihatan mulut dan mengikat kalsium. 

Untuk wanita juga, ada khasiatnya iaitu dapat mencegah penuaan pra matang sekali gus dapat mengekalkan awet mudah. Terdapat banyak sebenarnya khasiat tumbuhan hijau ini jika anda menjadikan makanan seimbang seharian.

Khasiat dan banyak, apa kita kita tanam sendiri je Bayam Brazil ni. Katanya, cara tanam Bayam Brazil ni mudah sahaja kerana daunnya cepat membesar. Jadi macam mana nak tanam sayur ni?

Cara Tanam Bayam Brazil Dengan Mudah

Seperti yang diberitahu di atas, tanama ini mudah ditanam kerana daunnya cepat membesar. Jadi ada individu bernama Afiq Rahman telah kongsikan pengalaman beliau cara tanam Bayam Brazil yang hanya dibuat di rumahnya sahaja. Jadi jom kita tengok perkongsian beliau dibawah ini.

Keratan batang adalah satu cara mudah untuk menghasilkan pokok baru dengan cepat dan banyak. Selain itu, cadangannya, musim hujan antara waktu yang paling sesuai untuk semai keratan batang.

#1 - Pilih bahagian pucuk berwarna hijau dan segar. Panjang keratan lebih kurang 10cm hingga 15cm

#2 - Buang daun di bahagian bawah

#3 - Potong bahagian pangkal secara serong

Jom Tengok Sini Cara Tanam Bayam Brazil Dengan Mudah

#4 - Cucuk separuh dari panjang keratan ke dalam medium, secara tegak atau mengiring. Siram medium. Letakkan di tempat teduh dan siap.

#5 - Dah siap


Jom Tengok Sini Cara Tanam Bayam Brazil Dengan Mudah


Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended