Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah

Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah

Bagi umat Islam golongan dewasa yang sudah baligh, kita wajib tahu cara mandi wajib dan lebih baik adalah mengikut sunnah Rasulullah. Mandi wajib ini walaupun perkara kecil yang hanya sekadar mandi tetapi ianya juga mungkin menjadi penghalang yang besar kepada amal ibadah yang lain. Jika tidak suci, maka ibadah lain tidak diterima.

Jadi kita harus tahu dan harus belajar bagaimana cara mandi wajib mengikut sunnah yang diajarkan kepada kita. Jika kita sudah tahu, mudah untuk kita mengamalkannya dan sekali gus akan menyucikan kita daripada sebarang kekotoran. Tapi siapa sebenarnya yang perlu mandi wajib ini?

Perkara Yang Mewajibkan Mandi

Ada 6 perkara antaranya adalah :
  1. Jimak iaitu melakukan persetubuhan antara lelaki dan perempuan.
  2. Keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj. Begitu juga keluar air mani kerana bermimpi
  3. Keluar darah Haid bagi wanita.
  4. Nifas iaitu darah yang keluar dari faraj wanita ketika melahirkan anak 
  5. Mati.
  6. Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir.

Jadi jika anda berada dalam 6 perkara ini, anda perlu untuk melakukan mandi wajib. Untuk pastikan kita berada di dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas dan najis. Barulah ibadah kita diterima disisi Allah.

Seterusnya, anda perlu tahu bagaimana untuk melakukan mandi wajib yang terbaik iaitu mengikut sunnah Rasullullah. Disamping membersihkan diri, kita mendapat pahal sunat yang pastinya besar ganjaran disisi Allah.

Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah Rasullah

Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah

Berikut adalah ringkasan cara mandi wajib yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wassalam

#1 - Niat ketika air sampai ke tubuh

Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah

Nawaitu raf ‘al hadasil akbari lillahi ta’ala. 

(Maksudnya: Aku berniat mengangkat hadas besar kerana Allah Taala)

#2 - Membaca Bismillah

#3 - Mencuci tangan sebanyak 3 kali

#4 - Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

#5 - Membersihkan (menyucikan) tangan kiri dengan sabun

#6 - Berwuduk

Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa (untuk solat) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi

#7 - Membasuh kepala

Membasuh kepala dengan menyusap rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengna air. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam Sahih al-Bukhari,

maksudnya: 'Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengna kedua tangannya.'

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengna bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis Aisyah RA

maksudnya : 'Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri'.

Bagi wanita yang mandi untuk haid/junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini berdasarkan hadis Aisyah RA di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji.

Lalu Baginda SAW berkata sedemikian: 'Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu.'

#8 - Memulakan dengan bahagian kanan tubuh. 

Dari Aisyah RA: 'Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci'. (Sahih Muslim)

#9 - Meratakan air ke seluruh tubuh

Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan di antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara dan kaedah mandi adalah sama.


sumber : JAKIM

Post a Comment

Previous Post Next Post