Bayaran Insentif BIPK Ditangguhkan Dan Dikaji Semula

Bayaran Insentif BIPK Ditangguhkan Dan Dikaji Semula

Pada lewat tahun 2019 yang lepas, rata-rata rakyat Malaysia marah terutamanya golongan Doktor dan Nurse dimana pihak Kerajaan memberitahu bahawa bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) akan dihapuskan. Erti kata lain, bagi golongan pekerja ambilan baru yang berada di dalam khidmat kritikal tiada lagi elaun BIPK tersebut.

Jadi ketika itu, heboh sebentar di ruangan setiap sudut media sosial terutamanya Facebook dan Twitter. Golongan pekerja ini menimbulkan persoalan kepada Kerajaan, kenapa keputusan ini dibuat secara mengejut dan kenapa elaun BIPK itu dibuang supaya golongan Doktor muda yang bekerja dalam perkhidmatan yang baru ini tidak menerima elaun tersebut.

Untuk pengetahuan, antara golongan pekerja yang layak menerima elaun BIPK ini adalah doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain yang menyertai perkhidmatan awam. Jadi kalau mereka ini yang rata-ratanya bekerja dalam sektor perkhidmatan kritikal, kenapa elaun mereka dibuang? Ini pastinya menjejaskan mutu perkhidmatan.

Bayaran Insentif Atau Elaun BIPK Ditangguhkan

Jadi sebentar tadi, pihak Jabatan Pekrhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan kenyataan media di laman facebook rasmi mereka dimana memberitahu Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) ditangguhkan dan dikaji semula.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pemansuhan sepatutnya berkuat-kuasa bermula 1 Januari 2020 tetapi kini ianya ditangguhkan sehingga satu kajian semula dilaksanakan dengna pihak yang berkaitan dan diputuskan oleh Jemaah Menteri.

Jadi ini pastinya berita gembira untuk golongan baru yang bekerja dalam perkhidmatan kritikal ini dan pastinya dapat terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dalam sektor perkhidmatan awam secara amnya.



Post a Comment

Previous Post Next Post