Aiskrim Percuma Daripada Family Mart Untuk Mereka Yang Lahir Pada Januari

Aiskrim Percuma Daripada Family Mart Untuk Yang Lahir Pada Januari
via : salaam.buzzkini

Berita baik kepada baby January dimana pihak Family Mart akan menghadiahkan kepada anda aiskrim percuma bagi mana-mana perisa yang disediakan. Jadi kalau anda lahir pada bula Januari, jangan lupa pergi ke mana-mana outlet Family Mart dan tebus aiskrim percuma anda di sana. Siapa lagi nak bagi kan.

Family Mart sangat bermurah hati, jika Disember yang lepas pun, mereka ada menawarkan aiskrim percuma kepada baby December, untuk tahun 2020 ini, mereka sekali lagi tawarkan reward sedemikian kepada yang lahir pada Januari pula.

Jadi untuk melayakkan anda menerima aiskrim percuma ini, anda perlu ikut arahan seperti dibawah sahaja

Cara Dapatkan Aiskrim Percuma Daripada Family Mart

Bagi melayakkan anda baby January untuk tebus aiskrim percuma daripada Family Mart, ikuti cara dibawah:
  1. Muat turun aplikasi Family Mart dan sign up terlebih dahulu seperti biasa - Android | iOS
  2. Pergi ke bahagian Rewards dan disitu akan terpampang rewards aiskrim yang anda perolehi 
  3. Pergi ke mana-mana outlet Family Mart, tekan Redeem Now 
  4. Tunjukkan kepada cashier ketika berada di kaunter. Settle!

Begitulah cara yang mudah untuk dapatkan aiskrim percuma kalau anda lahir pada Januari. Tarikh akhir untuk membuat tebusan adalah 31 Januari 2020. Jadi jangan lupa pergi tebus kepada yang layak tu.

Tambah kepada berita gembira itu, pihak Family Mart baru sahaja perkenalkan perisa terbaru aiskrim mereka iaitu Strawberry Sofuto. Yang dapat aiskrim percuma tu, boleh la cuba dengan percuma je aiskrim baru ni. Tapi kalau yang bukan lahir Januari, macam mana nak rasa Strawberry Sofuto ni?

Aiskrim Percuma Daripada Family Mart Untuk Yang Lahir Pada Januari

Strawberry Sofuto, perisa aiskrim terbaru daripada Family Mart

Jangan risau, kepada anda yang tidak lahir pada Januari, anda juga boleh dapatkan di mana-mana outlet Family Mart seluruh Malaysia dengan pelbagai aneka hidangan
  • Strawberry Sofuta (RM2.90)
  • Strawberry Sundae (RM3.90)
  • Strawberry Milkshake (RM6.90)

Sebenarnya tawaran flavor terbaru ini adalah terhad. Anda boleh dapatkan perisa terbaru ini sehingga 11 Februari 2020 sahaja. Lepas tu, dah takda dah perisa ni. Cepat pergi serbu Family Mart



Post a Comment

Previous Post Next Post