Senarai Bandar Utama Di Asia Termurah Untuk Backpackers

Senarai Bandar Utama Di Asia Termurah Untuk Backpackers

Jika kita menggunakan terma Backpackers pastinya menggambarkan sebuah keadaan dimana mereka travel atau melancong ke sesebuah negara dengan menggunakan bajet yang rendah atau murah. Sekali gus dapat menjimatkan perbelanjaan tetapi masih dapat menikmati pengalaman ketika berada di negara orang.

Mereka yang ber backpackers ini bukanlah memotong kesemua perbelanjaan, tetapi meminimakan perbelanjaan seperti kalau belanja makan, tetapi masak sendiri, jika menggunakan pengangkutan lebih fokus kepada pengangkutan awam dan pelbagai lagi. Selain itu, mereka juga membuat kajian terperinci ke mana mereka nak pergi atau kemana negara yang sesuai untuk backpackers.

Justeru itu, ada sebuah laman web yang bertapak di UK, Alpha Travels telah menyenaraikan bandar utama di Asia dimana perbelanjaannya murah dan sesuai untuk Backpackers. Mereka menyenaraikan bandar-bandar ini berdasarkan beberapa kriteria.

Antara kriteria yang digunakan bagi menyenaraikan bandar utama Asia termurah untuk Backpackers adalah mengikut harga harian satu malam di sebuah hosel, 2 kali menggunakan pengangkutan awam, 3 kali belanja untuk makanan dan perbelanjaan untuk 1 tempat tarikan kebudayaan. Data ini semua diambil daripada Price Of Travel

Senarai Bandar Utama Di Asia Termurah Untuk Backpakers

Jadi melalui website tersebut, anda boleh melihat mengikut kategori yang disenaraikan atau secara keseluruhan. Kategori yang disenaraikan seperti penempatan, pengangkutan, makanan, 'minuman' dan tempat tarikan

Hanoi, Vietnam Negara Paling Murah Di Asia

Senarai Bandar Utama Di Asia Termurah Untuk Backpackers

Senarai tersebut secara keseluruhan menunjukkan Hanoi di Vietnam merupakan bandar utama Asia yang termurah boleh dilawati oleh Backpackers. Anda hanya perlukan kos $18.30 (~RM74.40) sehari untuk berada di sana mengikut kriteria yang disenaraikan di atas.

Di Hanoi, menunjukkan perbelanjaan paling tinggi adalah berkaitan makanan dan kos paling murah adalah tempat tarikan yang berada disana. Jadi mungkin Backpackers daripada Malaysia yang ingin menjelajah secara jimat, boleh jadikan Hanoi sebagai tempat destinasi selepas ini.

Tokyo, Jepan Bandar Paling Mahal

Senarai Bandar Utama Di Asia Termurah Untuk Backpackers

Manakala bagi bandar yang paling mahal jika anda ingin travel secara Backpackers adalah di bandar Tokyo iaitu di negara Jepun. Disana, anda perlu membelanjakan $72.58 (~RM295.07) sehari mengikut kriteria seperti yang disenaraikan. 

Di Tokyo sepertinya makanan dan pengangkutan antara kos yang paling tinggi perlu ditanggung oleh pelancong, tetapi disini kos pengangkutan adalah yang termurah. Jadi kalau ingin bercuti di Tokyo, gunakan sepenuhnya perkhidmatan pengangkutan awam yang sangat efficient dan effective.

Kuala Lumpur, Malaysia Juga Tersenarai

Senarai Bandar Utama Di Asia Termurah Untuk Backpackers

Jadi dimanakan kedudukan Malaysia di dalam senarai ini? Menurut Alpha Travel, Kuala Lumpur, Malaysia berkedudukan 25 termurah berbanding bandar utama Asia lain. Menurut data yang disenaraikan, perbelanjaan makanan dan 'minuman' antara penyumbang tertinggi iaitu $10.35 (~RM42.08) dan $10.9 (~RM43.87). 

Di Kuala Lumpur, anda perlu membelanjakan secara keseluruhan adalah sebanyak $37.66 (~RM153.11) sehari untuk 5 kriteria yang disenaraikan.

Sebagai rakyat Malaysia, pastinya anda tahu akan hakikatnya dimana perbelanjaan makanan tidaklah terlalu besar kerana di Kuala Lumpur terdapat banyak street food yang murah dan sedap. Dengan harga sehingga RM42 itu sepertinya makanan mewah. Pastinya bukan untuk Backpackers.

Senarai Penuh Bandar Utama Asia Termurah Untuk Backpackers

Jadi untuk senarai penuh, anda boleh saksikan sendiri disini atau lihat infografik seperti dibawah



sumber : Alpha Travel

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended